CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19|Reply: 0

[Kedah] MINDEF teliti aduan rumah rosak akibat latihan pertunjukan udara LIMA '25

[Copy link]
Post time 20-5-2025 01:34 AM | Show all posts |Read mode
MINDEF teliti aduan rumah rosak akibat latihan pertunjukan udara LIMA '25

Hamzah Osmanam@hmetro.com.my






MOHAMED Khaled (tengah) dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (kanan) melihat persiapan akhir sempena LIMA ‘25. FOTO Wan Nabil Nasir.




Langkawi: Kerajaan tidak memandang ringan aduan penduduk mengenai rumah mereka rosak akibat sesi latihan pertunjukan udara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA '25), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Sepatutnya perkara ini (rumah rosak) tidak berlaku. Kita akan kaji mengapa ia terjadi. Kita memang jangka akan ada sedikit kesan daripada pertunjukan ini dari semasa ke semasa... mungkin ada sedikit impak.

"Dulu ada ayam mati, macam-macam berlaku (ketika LIMA berlangsung) tapi kali ini, setakat ini okay. Kita akan tengok dulu," katanya kepada pemberita selepas lawatan meninjau persiapan LIMA '25 di Resort World Langkawi di sini, hari ini.

Semalam, tular rakaman video di media sosial memaparkan cermin tingkap rumah penduduk pecah, yang didakwa berpunca daripada gelombang kejutan jet pejuang yang membuat latihan bagi LIMA '25.

Majlis perasmian LIMA '25 esok dijangka menampilkan simulasi letupan bom serta aksi maneuver udara altitud rendah yang mengagumkan oleh jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pameran LIMA yang kini memasuki edisi ke-17 sejak mula dianjurkan pada 1991 dijadual berlangsung selama lima hari bermula esok.



Disiarkan pada: Mei 19, 2025 @ 2:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1220168/mindef-teliti-aduan-rumah-rosak-akibat-latihan-pertunjukan-udara-lima-25




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.045723 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list