CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23|Reply: 0

[Kedah] 'Jangan keterlaluan hingga cetus perpecahan kepada calon bertanding' - PM

[Copy link]
Post time 20-5-2025 01:06 AM | Show all posts |Read mode
'Jangan keterlaluan hingga cetus perpecahan kepada calon bertanding' - PM

Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman - Mei 19, 2025 @ 7:43pm





Anwar diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah, Nor Azrina Surip@nurin Aina Abdullah (kiri) dan Ketua Cabang PKR Langkawi, Ismail Wasi Ahmad (tengah) menandatangani plak sebagai gimik perasmian Pejabat PKR Langkawi di Kuah, Langkawi. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN



LANGKAWI: Ahli dan penyokong PKR diingatkan supaya tidak memberi komen keterlaluan sehingga boleh menyebabkan perpecahan kepada calon yang bakal bertanding pada pemilihan parti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, semua pihak harus sedar bahawa calon terutama yang bertanding jawatan tertinggi PKR adalah tokoh yang banyak berjasa dan berkorban untuk parti itu sejak sekian lama.

Jelasnya, beliau memberi sokongan kepada semua calon yang bertanding kerana semua mereka didapati layak, namun jawatan yang diperuntuk adalah terhad menyebabkan ahli perlu memilih.

"Persaingan di peringkat Pusat banyak orang susah hati, saya tak sangat susah hati kerana yang bersaing Timbalan dan Naib Presiden, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita itu dalam kalangan sahabat lama yang setia.

"Saya tengok senarai calon Naib Presiden misalnya, ramai yang cukup layak. Kalau saya ada dua tempat untuk Timbalan Presiden misalnya, dua-dua saya sokong, kalau ada 12 tempat Naib Presiden, semua saya sokong.

"Kalau kita lihat semua mereka rekodnya baik, tapi kalau kita tak pilih janganlah rendahkan martabat orang lain, ini disebut adab dan akhlak dalam perjuangan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat PKR Langkawi di sini, hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, dalam kalangan calon yang bertanding jawatan tertinggi parti itu adalah sahabat yang pernah sama-sama berjuang sejak awal penubuhan PKR.

Disebabkan itu, katanya, ahli PKR terutama yang baru terbabit dalam parti perlu mengingat jasa dan pengorbanan pimpinan terbabit tanpa merendahkan sumbangan yang telah mereka berikan sejak sekian lama.

"Yang bertarung itu orang yang banyak berjasa, jadi jangan ambil sikap bermusuh. Jika ada berbeza pendapat kena ada sikap ihsan dan kasih sayang di kalangan kita.

"Sebahagian besar mereka adalah pejuang asal, oleh itu kita jangan tambah tingkatkan suhu kehangatan, kita mesti leraikan dengan baik.

"Walau kita berbeza pendapat dalam suatu perkara, kita tak boleh nafi jasa, khidmat, pengorbanan yang tinggi oleh orang ini," katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan PKR dibina di atas prinsip dan nilai akhlak yang tinggi sehingga mampu menjadi antara parti yang memerintah negara ketika ini.

"Saya tak nafikan kadang-kadang keterlanjuran ini menyebabkan orang lupa bahawa teras parti ini adalah soal nilai dan prinsip yang kita perlu jaga, kalau kita sedar hal ini, maka soal akhlak menjadi keutamaan.

"Jangan disebabkan kita berbeza pendapat kita bermusuhan berlebih-lebihan. Kena ada ehsan, ada hadnya, ada susah orang, ada derita yang kita kena fikir keseluruhan aspek ini baru boleh jadi parti dan pimpinan yang adil," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1397890/jangan-keterlaluan-hingga-cetus-perpecahan-kepada-calon-bertanding





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list