CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis berkas suspek bertopeng tetak lelaki dengan parang

[Copy link]
Post time 18-5-2025 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Polis berkas suspek bertopeng tetak lelaki dengan parang

Nur Izzati Mohamadam@hmetro.com.my





TANGKAP layar memaparkan suspek bertopeng melarikan diri menaiki Nissan Almera selepas menyerang seorang lelaki di sebuah premis perniagaan di Jalan Raja Uda. FOTO tular




Butterworth: Dua suspek bertopeng dan bersenjatakan parang yang menyerang seorang lelaki hingga menyebabkan kecederaan parah di sebuah premis perniagaan di Jalan Raja Uda, di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan C Tharmalingam berkata, tangkapan terhadap dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibuat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU.

Katanya, usaha memburu suspek dilakukan sejurus polis dimaklumkan berhubung kejadian menimpa seorang lelaki yang ke kawasan premis itu untuk makan bersama dengan rakan kira-kira jam 7.20 malam kelmarin.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang baru sampai di kedai secara tiba-tiba diserang seorang lelaki tidak dikenali memakai topeng daripada arah belakang.

"Mangsa kemudian melarikan diri sebelum dilanggar kenderaan dinaiki seorang lagi suspek sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan diserang menggunakan parang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam insiden itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di tangan kirinya berusaha mendapatkan pertolongan apabila berlari masuk ke sebuah klinik swasta berhampiran.

Tharmalingam berkata, doktor di klinik itu memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menghubungi pihak ambulans dan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kini menerima rawatan di wad kecemasan yang dia kini dilaporkan stabil.

"Susulan kejadian menimpa mangsa, polis membuat dua tangkapan bagi membantu siasatan.

"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Irwan Shah di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Semalam tular video memaparkan seorang suspek bertopeng bergegas melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih dipandu seorang lagi suspek selepas menyerang seorang lelaki menggunakan parang.

Turut tular video yang mana mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada tangan kiri diberikan rawatan awal di sebuah klinik sebelum dia dibawa ke hospital.



Disiarkan pada: Mei 18, 2025 @ 2:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1219857/polis-berkas-suspek-bertopeng-tetak-lelaki-dengan-parang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044338 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list