CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19|Reply: 0

[Sabah] Sabah terima jemputan sertai Persidangan Global LCC di Malta

[Copy link]
Post time 18-5-2025 07:06 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Profil pelancongan antarabangsa Sabah terus mendapat pengiktirafan apabila Lufhansa City Center (LCC) menjemput Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai Perhimpunan Agung LCC yang berprestij di Malta, November ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai menyambut baik jemputan itu yang disifatkan sebagai peluang tepat untuk mengetengahkan Sabah di peringkat global.

Katanya, persidangan yang menghimpunkan lebih 500 pemilik agensi pelancongan dan pembuat keputusan dari lebih 85 negara itu membuka ruang luas untuk Sabah memperkenalkan keunikan destinasi negeri ini.

“Ini peluang untuk kita menyerlahkan kekuatan Sabah dalam pelancongan berasaskan alam semula jadi, budaya dan komuniti, selain potensi besar kita dalam segmen MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran).

“Pendedahan di peringkat antarabangsa seperti ini sejajar dengan strategi jangka panjang pelancongan Sabah dan persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Terdahulu, jemputan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan LCC International, Heiko Brix semasa majlis makan malam anjuran STB, malam Khamis lalu.

Menurutnya, persidangan global LCC yang dijadual berlangsung di Malta pada November depan merupakan acara dwitahunan penting dalam industri pelancongan yang memberi fokus kepada strategi, inovasi dan kerjasama global.

“Antara agenda utama termasuk perbincangan mengenai trend geopolitik dan pelancongan, transformasi berasaskan AI, perubahan tingkah laku pelancong serta kepimpinan berdaya tahan,” katanya.

Sementara itu, Brix menyifatkan Sabah sebagai destinasi baharu yang berpotensi tinggi dalam rangkaian global LCC.

Beliau berkata pengalaman berkunjung sendiri ke Sabah memberi gambaran lebih jelas tentang bagaimana untuk mempromosikan negeri ini kepada pelancong antarabangsa.

“Sabah mempunyai tarikan kuat sebagai destinasi eksplorasi alam semula jadi dan destinasi MICE yang sedang berkembang.

“Pelancong antarabangsa mencari sesuatu yang autentik dan Sabah menawarkan alam, budaya serta ruang untuk mereka ‘melepaskan diri’ dari kesibukan dunia,” katanya.

Ketika ini katanya, ahli LCC sedang berada di Sabah bagi menghadiri mesyuarat serantau Asia Pasifik dan turut berpeluang meneroka produk pelancongan negeri ini.

Mengambil inspirasi daripada pandangan positif Brix terhadap potensi Sabah sebagai tuan rumah MICE, Joniston turut menggesa agar Sabah dipertimbangkan sebagai lokasi penganjuran sidang kemuncak global LCC pada masa akan datang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035075 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list