CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cemas bilik darjah SRI At-Taqwa terbakar

[Copy link]
Post time 17-5-2025 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Cemas bilik darjah SRI At-Taqwa terbakar

MOHD ISKANDAR OTHMAN
17 Mei 2025 05:53pm




Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah kelas di SRI At-Taqwa Bertam pada Sabtu.



KEPALA BATAS – Sebuah bilik darjah di Sekolah Rendah Islam (SRI) At-Taqwa, Jalan Bertam Indah, di sini, dilaporkan terbakar dalam kejadian yang berlaku pada petang Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.


Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah bilik darjah di tingkat bawah bangunan dua tingkat sekolah berkenaan.

"Operasi memadam kebakaran dijalankan melibatkan lapan anggota dari BBP Kepala Batas dengan bantuan BBP Bertam serta pasukan bomba sukarela berhampiran.




Anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan sebuah kelas di SRI At-Taqwa Bertam pada Sabtu.



"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.10 petang dan anggaran kemusnahan adalah sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan bilik darjah terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap berkenaan berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.27 petang.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan oleh pegawai forensik kebakaran.


https://www.sinarharian.com.my/article/729018/berita/semasa/cemas-bilik-darjah-sri-at-taqwa-terbakar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045850 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list