CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20|Reply: 0

[Perlis] PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82

[Copy link]
Post time 17-5-2025 06:09 PM | Show all posts |Read mode
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82

Oleh BERNAMA - Mei 17, 2025 @ 4:07pm




Foto FB Anwar Ibrahim



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 hari ini.

Anwar menzahirkan ucapan itu kepada baginda dalam hantaran melalui Facebook.

"Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku, Raja Perempuan Perlis dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya selain terus diberi keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan. Daulat Tuanku," kata Perdana Menteri.

Pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin hari ini berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima serta jumlah penerima itu ialah simbolik yang dipilih bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis yang berlangsung selama setahun bermula pada 17 April lalu hingga 16 April 2026.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran Facebook turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis atas ulang tahun keputeraan baginda.

Ahmad Zahid mendoakan Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa di bawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1397093/pm-ucap-tahniah-sempena-hari-keputeraan-raja-perlis-ke-82





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.105102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list