CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35|Reply: 0

[Sarawak] MEITD memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah

[Copy link]
Post time 16-5-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) akan mempergiatkan ‘imaginasi semula’ pendidikan untuk memberi tumpuan kepada pemikiran kritis, kreativiti, kecekapan STEM dan literasi digital.

Menterinya Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata kementerian akan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah, bukan melahirkan pelajar yang hanya menghafal kerana ekonomi digital memerlukan pemikir, pelaku dan inovator.

"Teknologi sahaja tidak boleh memimpin kita (rakyat). Kepimpinan kita, di semua peringkat yang akan membentuk bagaimana sesuatu alat  digunakan. Kepimpinan yang beretika, inklusif dan berorientasikan masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ceramah Kepimpinan Sarawak bertemakan ‘Perintis Kemajuan - Kepimpinan Dalam Membentuk Masa Depan Digital Sarawak’ di Sarawak Skills Kuching di sini hari ini.

Mengenai penganjuran ceramah itu, Sagah berkata ia  tepat pada masanya selain daripada menyatukan minda berwawasan untuk merenung, membayangkan semula dan menyelaraskan semula laluan kolektif ke arah Sarawak yang dipacu digital dan pengetahuan.

"Kepimpinan dalam konteks dunia yang berkembang pesat hari ini, tidak hanya menuntut visi, ia memerlukan tindakan, kebolehsuaian dan keberanian untuk berinovasi,” katanya.

Menurutnya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan inisiatif-inisiatif yang berani dan strategik yang jelas menggambarkan aspirasi rakyat.

Antara beberapa inisiatif utama ini ialah Strategi Ekonomi Digital Sarawak (2018–2022) yang meletakkan asas untuk transformasi ini.

"Dengan 47 tindakan strategik merentas sembilan sektor, daripada pertanian pintar kepada kerajaan digital, kita telah memangkinkan peralihan digital seluruh negeri,” ujarnya.

Inisiatif lain ialah Akademi Digital CENTEXS dan Perkampungan Digital yang memperkasakan belia dan pemula tempatan dengan peralatan, latihan dan ekosistem yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.

"Melalui kerjasama dengan universiti tempatan, pemain industri dan rakan kongsi antarabangsa, kita mewujudkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan, katanya.

Beliau berkata Program Keterangkuman Digital memastikan masyarakat luar bandar dan terpencil tidak ketinggalan

"Melalui inisiatif seperti bilik darjah pintar, platform e-pembelajaran dan pengembangan ketersambungan, kami merapatkan jurang digital,” jelasnya.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Institusi Pembelajaran Kumpulan Sarawak Skills Hallman Sabri, Presiden Persatuan Kepimpinan Malaysia, Persatuan Kepimpinan Komanwel Malaysia Yap Li Ling, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Adana Jed, Setiausaha Majlis Pengurusan Kemahiran Sarawak Maznah Dasmi, Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan pengerusi penganjur Ceramah Kepimpinan Sarawak Dr Gabriel Wee.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list