CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32|Reply: 0

[Sabah] Kaamatan jadi wadah perpaduan rakyat: Limus

[Copy link]
Post time 16-5-2025 07:35 AM | Show all posts |Read mode


TENOM: Pesta Kaamatan yang diiktiraf sebagai perayaan peringkat kebangsaan menjadi wadah perpaduan rakyat berbilang kaum, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury.


Beliau berkata ini kerana perayaan itu kini bukan saja diraikan oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM), tetapi oleh semua lapisan masyarakat.


Katanya, ia dapat disaksikan dengan kehadiran pelbagai kaum yang meraikannya atas semangat kesatuan dan perpaduan.


"Tidak syak lagi Pesta Kaamatan ini telah menjadi jambatan perpaduan rakyat Malaysia keseluruhannya, apatah lagi ia telah diiktiraf sebagai perayaan peringkat kebangsaan.


"Manakala kita di Sabah pula telah pun diisytihar sebagai cuti umum pada tanggal 30 dan 31 Mei setiap tahun," katanya ditemui media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong, di sini semalam.


Limus berkata kehadiran masyarakat berbagai latar belakang itu bertepatan dengan tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, iaitu `Kaamatan Untuk Semua'.


Katanya, tema itu juga bertepatan dengan konsep Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan gagasan besar Malaysia Madani oleh Kerajaan Perpaduan.


"Tema yang diangkat untuk Pesta Kaamatan ini jelas menjurus ke arah keharmonian, perpaduan, kesatuan dan kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang kaum," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.042322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list