CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28|Reply: 0

[Sabah] Padah 'wheelie' ketika lumba haram: Remaja ditahan polis di Tawau

[Copy link]
Post time 15-5-2025 06:18 PM | Show all posts |Read mode

Remaja yang membuat aksi 'wheelie' ketika lumba haram pada 10 Mei lalu, ditahan polis. FOTO Ihsan PDRM

Tawau: Remaja lelaki ditahan polis selepas aksinya melakukan 'wheelie' ketika lumba haram di Jalan Chong Thien Vun dekat sini, tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati sekumpulan penunggang motosikal melakukan aktiviti lumba haram kira-kira 11.30 malam, 10 Mei lalu.

Beliau berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan beberapa orang penunggang motosikal melakukan aktiviti lumba haram di lokasi berkenaan.

"Salah seorang daripada mereka dilihat menunggang dengan laju sambil melakukan aksi 'wheelie' (tayar hadapan terangkat) sebelum hilang kawalan lalu melambung di tengah jalan dan terbabas di tepi laluan berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR mengalami kecederaan di bahagian kaki, buku lali dan tangan dan mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran," katanya menerusi kenyataan media di sini, pagi ini.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) diketuai Asisten Superintenden Joan Lee membuat tangkapan ke atas seorang lelaki remaja berumur 17 tahun kerana disyaki terbabit dalam video yang dimuat naik di media sosial itu.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati remaja yang baru memperoleh Sijil Pemeriksaan Malaysia (SPM) itu, tidak mempunyai lesen memandu manakala motosikal adalah milik rakannya yang dipinjam pada malam kejadian.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan melulu dan membahayakan, Seksyen 26(1) dan Seksyen 90(1) Akta yang sama.

"Selain itu, tindakan saman ke atas pemilik motosikal juga sudah dibuat atas kesalahan membenarkan motosikal digunakan individu yang tidak memiliki lesen memandu," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051651 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list