CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41|Reply: 1

[Johor] Maut angkara lembu merayau

[Copy link]
Post time 15-5-2025 06:05 PM | Show all posts |Read mode

Motosikal mangsa yang maut melanggar lembu melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng- Mawai, awal pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

Kota Tinggi : Seorang penghantar makanan maut sejurus motosikal ditunggangnya gagal mengelak dan merempuh seekor lembu di Kilometer 5 Jalan Lok Heng – Mawai di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, dalam kejadian jam 1 pagi tadi, mangsa, Arshad Khamis, 49, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa tidak sempat mengelak seekor lembu yang sedang melintas jalan dan melanggarnya.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes masih dalam siasatan lanjut," katanya.

Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 06:53 PM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa. Kalau ada anak jadi yatim. Sapa tuan lembu ni? Semoga kamu dapat balasan aniaya orang di jalanraya, malas jaga/tambat lembu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.029449 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list