CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Pengurus kedai mamak didenda RM100,000 kerana simpan minyak masak di premis haram

[Copy link]
Post time 15-5-2025 06:01 PM | Show all posts |Read mode

DAS Jhonny didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Pengurus sebuah restoran nasi kandar, di sini, didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan barang kawalan berupa 1,241 kilogram (kg) minyak masak di premis tidak dilesenkan.

Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Das Jhonny Chandra, 38, selepas warga Bangladesh terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan barang kawalan iaitu 1,241 kg minyak masak di dalam tong 'jerry' di premis yang tidak dilesenkan oleh pegawai bekalan untuk penyimpanan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.15 petang di sebuah asrama pekerja restoran berkenaan di Dataran Sentral Seremban, di sini, pada 26 April 2024.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, didenda maksimum RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Peguam Ashok Atimulan dalam rayuannya memberitahu anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak selain perlu menanggung ibu bapa yang uzur di Bangladesh.

Menurutnya, tertuduh juga adalah penanggung utama ekonomi keluarganya dan menunjukkan rasa kesal serta insaf melalui pengakuan bersalah yang dapat menjimatkan masa mahkamah.

"Sejak awal serbuan, OKS memberi kerjasama dengan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup). Dia juga tiada sabitan lampau dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

"Saya merayu hukuman ringan dalam bentuk denda dan mohon pasport OKS dikembalikan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Nor Alimah Mohd Sanusi menyifatkan kesalahan tertuduh sebagai serius kerana minyak masak adalah barang kawalan yang memberi kesan kepada ekonomi negara dan rakyat.

Mohamad Kamil menjatuhi hukuman denda RM100,000 terhadap tertuduh dan turut memerintahkan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda, manakala eksibit dilucut hak serta pasport dikembalikan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 06:17 PM | Show all posts
"Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.15 petang di sebuah asrama pekerja restoran berkenaan di Dataran Sentral Seremban, di sini, pada 26 April 2024."

Saiya suda cakap, kita asing worang misti support asing worang punya business. Nanti bole wuntung kita jadi kaya sini nagara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042877 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list