CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nur Hafizah nafi buka klinik gigi secara haram

[Copy link]
Post time 15-5-2025 05:59 PM | Show all posts |Read mode

NUR Hafizah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik pergigian secara haram, tahun lalu. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik pergigian secara haram, tahun lalu.

Tertuduh, Nur Hafizah Harun, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang bukan pengamal pergigian yang berdaftar di bawah Akta Pergigian 2018 (Akta 804) didakwa menjalankan amalan pergigian.

Dengan itu tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 62(1) Akta 804 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 62(3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, wanita ini didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tidak berdaftar di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1) akta sama yang boleh didenda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan jam 8.50 malam di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, di sini, 6 Disember 2024.

Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Musfirah Musa menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua syarat tambahan.

Menurutnya, jaminan yang tinggi kerana mengambil kira hukuman kes itu yang berat dibimbangi menyebabkan tertuduh tidak hadir ke perbicaraan dan melarikan diri.

Peguam A Partheeban memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang rendah kerana tertuduh akan dijamin abangnya yang bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

Menurutnya, tertuduh juga seorang penganggur dan tidak mempunyai sebarang pendapatan selain pihaknya bersetuju dengan syarat tambahan yang diutarakan pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan syarat perlu melaporkan diri di balai polis serta dilarang mengganggu saksi.

Sebutan semula pada 12 Jun.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040947 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list