CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

[Sabah] Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura

[Copy link]
Post time 13-5-2025 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 13-5-2025 11:37 PM



Kota Kinabalu: Pelaksanaan projek penanaman nanas MD2 di Lingkungan, Beaufort bukan sahaja mencatat sejarah dengan penghantaran sulung ke pasaran Singapura, malah membawa sinar baharu kepada komuniti tempatan, khususnya golongan berpendapatan rendah.


Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kejayaan ini menandakan satu perkembangan yang amat menggembirakan bagi industri nanas di Sabah kerana nanas MD2 kini berjaya memasuki pasaran di Singapura.


Beliau menjelaskan, syarikat Aqina Fruits Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Johor telah mengusahakan penanaman nanas MD2 sejak 2009 dan merupakan pengeksport terbesar nanas MD2 di Malaysia.


“Di Sabah, syarikat ini beroperasi di bawah nama Aqina Borneo Sdn. Bhd. dan telah menyewa tanah seluas 400 ekar milik KPD di Lingkungan, Beaufort sejak Februari 2021 untuk pembangunan dan penanaman nanas klon MD2.


“Pembukaan ladang nanas oleh Aqina Borneo memberi pelbagai faedah kepada negeri dan penduduk sekitar, antaranya mengoptimumkan penggunaan tanah, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, serta menyediakan ruang kepada golongan B40 untuk menjadi peserta kontrak dalam projek pertanian dan memperoleh pendapatan,” katanya berucap pada Pelancaran Penghantaran Pertama Nanas MD2 ke Singapura pagi di Tangjung Lipat di sini pada Selasa.


Sehingga kini, Aqina telah menanam nanas seluas 123 ekar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 30 penduduk tempatan di Beaufort sama ada di ladang mahupun pejabat.


Selain operasi ladang, projek ini turut melibatkan peserta kontrak melalui Program Agro Komuniti B40. Seramai 11 peserta telah dipilih setakat ini, dengan lapan telah memulakan penanaman manakala tiga lagi dipilih pada April lalu. Setiap peserta diperuntukkan kawasan seluas lima ekar.


Di bawah program ini, Aqina bekerjasama dengan Agrobank dalam aspek pembiayaan dan turut memberi bimbingan kepada peserta dalam teknik penanaman, pengurusan ladang, dokumentasi, perakaunan dan pemasaran.


Dr. Jeffrey menjelaskan bahawa semua hasil yang dikeluarkan oleh peserta program akan dibeli oleh Aqina Borneo, sekaligus memberi jaminan pasaran kepada mereka. Kini, ladang yang diusahakan telah mula mengeluarkan hasil dan hari ini menandakan penghantaran eksport pertama satu kontena nanas MD2 ke Singapura.


Beliau menyifatkan penghantaran ini sebagai satu peristiwa bersejarah yang membuka lembaran baharu dalam industri penanaman nanas MD2 di Sabah. Ia juga diharap dapat menyuntik semangat dalam kalangan petani untuk terus mengusahakan tanaman ini secara serius dengan keyakinan terhadap pasaran yang terjamin.


Mengakhiri ucapannya, Dr. Jeffrey mengucapkan tahniah kepada Aqina Borneo atas kejayaan yang dicapai sehingga mampu mengeksport hasil ke luar negeri. Beliau juga berharap agar kerjasama antara Aqina dan KPD bagi memperluaskan projek ini ke kawasan lain di Sabah. – SABAH MEDIA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038086 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list