CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 1

Baca Buku Untuk Anak Beri Impak Positif Pada Perkembangan

[Copy link]
Post time 13-5-2025 10:02 PM | Show all posts |Read mode



Tahukah anda, meluangkan masa membaca dengan kuat untuk si kecil akan memberi impak terhadap perkembangan sosial mereka seperti belajar bercakap, berinteraksi serta meningkatkan kemahiran bahasa.

Membacakan buku dengan nada suara yang jelas berserta dengan mimik muka dapat menarik perhatian anak-anak menjadikan aktiviti ini sebagai rutin harian mereka sebelum lena diulit mimpi.

Ibu bapa boleh meluangkan masa sama selama 10 hingga 15 minit sama ada secara tetap atau bergilir-gilir supaya ia dapat impak terhadap perkembangan anak-anak.

Selain itu, melalui amalan yang turut dikenali sebagai 'bedtime stories' ini dapat memberi kesan berpanjangan dalam mengeratkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa.



Kali ini dikongsikan lima kelebihan membaca buku dengan kuat kepada anak-anak


1. Membina kemahiran mendengar, menguatkan memori dan menambah perbendaharaan kata


Kanak-kanak yang sering dibacakan cerita akan mempunyai proses perkembangan bahasa, komunikasi dan kemahiran literasi yang menyeluruh.


Melalui amalan ini imaginasi kecil mereka bekerja keras untuk mencipta pemahaman sendiri mengenai cerita yang didengar. Selain itu semakin banyak anak-anak dibacakan cerita, semakin banyak akan didengar sekali gus dapat memperkaya perbendaharaan kata mereka.




2. Membentuk minat membaca daripada kecil


Seperti yang kita tahu, membaca mempunyai banyak manfaat dalam kehidupan seseorang. Melalui aktiviti membacakan cerita dengan kuat kepada anak-anak adalah pendedahan awal yang diberikan kepada anak-anak sejak daripada kecil. Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan, secara tidak langsung ia dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.


3. Memberi pendedahan terhadap pengetahuan baharu


Setiap buku yang dibacakan mempunyai pelbagai ilmu dan pengetahuan baharu. Dengan membacakan buku kepada anak-anak sama ada sudah menguasai kemahiran membaca atau sebaliknya, dapat membuka ruang kepada mereka untuk mempelajari perkara yang baharu.


4. Mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak


Ibu bapa yang meluangkan masa dengan membaca bersama anak-anak dapat mewujudkan ikatan istimewa dengan mereka. Bagi ibu bapa yang mungkin seharian sibuk di pejabat, dapat memanfaatkan masa berkualiti dengan anak-anak melalui aktiviti membacakan buku kepada mereka dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak.




5. Memupuk nilai moral dan sifat empati dari kecil


Nilai moral dan sifat empati anak dapat dibentuk sejak daripada kecil melalui pengajaran yang diperoleh daripada plot cerita dan watak melalui buku yang dibacakan.


Selain itu, dengan merasai pengalaman watak-watak dalam cerita, anak akan menjadi lebih empati dan mampu berinteraksi dengan lebih baik dengan orang di sekitar kita. Ibu bapa perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat usia anak supaya mereka memahami cerita yang disampaikan. - HARIAN METRO

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 10:19 PM | Show all posts
Kesian kanak-kanak sekarang mungkin ramai yang tak dapat moment bedtime stories dengan ibu/bapa.

Maklumlah mak/bapak struggles nak cukupkan keperluan hidup keluar subuh balik senja nak basuh baju, masak, makan, lepas tu tido.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045161 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list