CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50|Reply: 0

[Kedah] Lembu baka Brahman satu tan ditawarkan untuk ibadah korban

[Copy link]
Post time 13-5-2025 02:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-5-2025 02:16 AM

Lembu baka Brahman satu tan ditawarkan untuk ibadah korban

ROSHILA MURNI ROSLI
12 Mei 2025 04:02pm




Salah seekor baka Brahman yang terdapat di ladang ternakan Fatimah Mz Agro Farm seberat satu tan.



KUBANG PASU – Dua ekor lembu baka Brahman bersaiz gergasi dengan berat mencecah satu tan setiap seekor ditawarkan untuk jualan sempena musim ibadah korban tahun ini oleh Fatimah Mz Agro Farm Sdn Bhd di Changlun.

Pengurus ladang, Mohamad Alias Zainal Abidin berkata, tawaran lembu bersaiz luar biasa itu bukan sesuatu yang baharu kerana pihaknya menyediakan lembu besar setiap tahun.


Tahun lepas kami tawarkan lembu seberat 800 kilogram, tetapi tahun ini kami bawa dua ekor bersaiz lebih besar, iaitu satu tan dengan harga RM13,000 seekor,” katanya ketika ditemui di ladang ternakan di Jalan Sintok, Changlun.

Menurut beliau, baka Brahman menjadi pilihan utama bukan hanya kerana saiznya yang besar, malah kerana kualiti dagingnya yang lebih lembut, berjus dan mempunyai nisbah lemak yang seimbang.




Selain baka Brahman, lembu tempatan seperti baka KK turut ditawarkan pada harga bermula RM4,800



Tekstur dagingnya halus dan mudah dimasak, sesuai untuk pelbagai hidangan seperti sup dan rendang,” ujarnya.


Mohamad Alias yang menguruskan ladang milik bapanya itu berkata, lembu-lembu berkenaan diberi makanan tambahan seperti dedak dan jagung untuk memastikan tumbesaran optimum.

“Rumput sahaja tidak mencukupi, jadi kami gunakan dedak dan jagung untuk pastikan lembu mendapat zat dan nutrisi mencukupi,” jelasnya.


Tambah beliau, semua ternakan di ladangnya menerima vaksinasi lengkap dan penjagaan kesihatan secara berkala bagi menjamin tahap kesihatan dan kualiti haiwan.

“Kami sentiasa utamakan kesihatan ternakan supaya pelanggan yakin dan berpuas hati ketika melaksanakan ibadah korban,” katanya.

Lembu bersaiz besar seperti ini menurutnya sering menarik minat agensi kerajaan dan individu yang ingin menyumbang kepada masjid.


“Setakat ini beberapa individu sudah datang melihat lembu-le
mbu tersebut, tetapi belum membuat keputusan. Jadi, penduduk sekitar Kedah dan Perlis yang berminat boleh datang sendiri ke ladang kami untuk melihat kualitinya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, ladang ini turut menawarkan lembu baka tempatan seperti baka Kedah-Kelantan (KK) pada harga yang lebih berpatutan.

“Harga lembu KK bermula dari RM4,800 seekor, jadi kami sediakan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan dan kemampuan pelanggan,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/728027/edisi/utara/lembu-baka-brahman-satu-tan-ditawarkan-untuk-ibadah-korban


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.109221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list