CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36|Reply: 0

[Pulau Pinang] UMNO cadang tubuh Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi

[Copy link]
Post time 12-5-2025 07:08 PM | Show all posts |Read mode
UMNO cadang tubuh Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 12, 2025 @ 4:46pm




Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Dato’ Abdul Fatah, MRSM Kepala Batas. - NSTP/DANIAL SAAD



KEPALA BATAS: UMNO bercadang menubuhkan Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pusat penyelidikan dan kajian politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata saranan itu akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, bulan depan.

Jika tiada halangan, katanya, penubuhan institut berkenaan akan diisytihar pada sambutan ulang tahun UMNO ke-80, tahun depan.

"Selain menjadikannya pusat pimpinan di bawah UMNO, kita juga mahu menghargai dan mengabadikan (jasa) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi penyelidik dan pengkaji sejarah sepanjang 79 tahun perjuangan UMNO.

"Insya-Allah, tahun hadapan kita akan meraikan ulang tahun UMNO yang ke-80 dan isytiharkan ketika itu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merasmikan Majlis Pemasyhuran MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Dato' Abdul Fatah di sini, hari ini.

Hadir sama, anak lelaki Allahyarham Abdullah iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dah Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, UMNO mempunyai pusat kaji selidik sebelum ini tetapi tidak aktif dan akan dihidupkan semula menggunakan nama Tun Abdullah.

Ahmad Zahid turut mengarahkan Asyraf Wajdi mengadakan seminar pemikiran Abdullah dalam tempoh sebulan ini untuk kumpulan intelektual, sejarawan, ahli profesional, khususnya dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

"Ia bagi mencungkil fikrah (pemikiran) beliau (Abdullah) menjadi PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik), Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Timbalan Menteri hingga Perdana Menteri," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1395094/umno-cadang-tubuh-institut-pemikiran-tun-abdullah-ahmad-badawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.037105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list