CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sabah] 217 keluarga di Sook, Beaufort masih di PPS

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:33 AM | Show all posts |Read mode


PPS: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memeriksa keadaan penduduk yang ditempatkan di PPS. Gambar ihsan APM Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing dua PPS di daerah Beaufort dan Sook masih menempatkan mangsa banjir setakat jam 4 petang hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 695 orang dari 217 keluarga yang terjejas banjir melibatkan penduduk dari 19 kampung.

Kesemua mangsa terbabit melibatkan seramai 370 orang dari 114 keluarga di beaufort dan 325 orang dari 103 keluarga di Sook.

Pusat pemindahan kekal (PPK) Dewan Selagon Beaufort menempatkan seramai 337 mangsa dari 102 keluarga manakala, PPS Dewan Residensi Prima Beaufort menempatkan 33 mangsa dari 12 keluarga.

PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Keningau 2 masih menempatkan seramai 208 orang dari 64 keluarga dan seramai 117 orang dari 39 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Ansip Tengah.

Daripada jumlah mangsa banjir berkenaan, seramai 302 adalah lelaki termasuk 140 dewasa dan 162 kanak-kanak manakala, 393 orang lagi mangsa perempuan termasuk 229 dewasa dan 164 kanak-kanak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049128 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list