CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak bersedia menjadi kuasa ekonomi digital utama di rantau ini

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:13 AM | Show all posts |Read mode





KUCHING: Sarawak bersedia menjadi kuasa ekonomi digital utama di rantau ini untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang inkslusif, bertanggungjawab dan mampan, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi (gambar).

Untuk mencapai hasrat itu, Julaihi menegaskan bahawa Sarawak mengorak langkah dengan merangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 (SDE 2030) untuk menyasarkan Sarawak memanfaatkan peratusan ekonomi global untuk mengalir ke negeri ini melalui strategi untuk mengembangkan aliran data rentas sempadan, menarik pelaburan digital seperti pusat AI dengan memanfaatkan teknologi itu.
"Harus diakui bahawa ekonomi dunia berubah dengan pantas kerana penggunaan pesat teknologi digital baharu khususnya kepintaran buatan (AI) dengan implikasi besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan AI Generatif Berinovasi dan Bertanggungjawab untuk Perkhidmatan Awam anjuran Amazon Web Services (AWS) di sebuah hotel di sini hari ini.
"Nilai menjadi sebuah negara yang bersedia secara digital dicerminkan dalam tindakan yang bersepadu terhadap petunjuk seperti KDNK per kapita, inovasi, daya saing digital dan e-dagang sebagai contoh.
"Maka itu, kita telah melancarkan pelan SDE 2030 yang antara pengisian Blue Print Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) untuk menyahut seruan kita mengubah keseluruhan ekonomi dan masyarakat daripada ekonomi berasas konvensional kepada ekonomi dipacu teknologi yang mampan," kata Julaihi.
Tambahnya, rangka tindakan itu mengiktiraf usaha Kerajaan Sarawak memainkan peranan aktif menceburi ekonomi digital berdasarkan lima tonggak strategik iaitu memfokuskan Keutamaan Pertumbuhan Ekonomi, Pembangunan Perniagaan Digital, Mentransformasikan Sektor Awam dan Perkhidmatan, Penggunaan Teknologi Frontier dan Asas Ekonomi Digital yang memfokuskan kepada kesediaan antara lain dalam tadbir urus data dan keselamatan siber, bakat, kemahiran digital dan Penyelidikan serta Keusahawanan.
Justeru, kerajaan amat menitikberatkan penggunaan teknologi baharu muncul seperti AI, Internet of Things, Blockchain, 5G dan sebagainya.
"Ia secara tidak langsung memacu produktiviti dan kemakmuran masa depan, meningkatkan kecekapan, memupuk inovasi serta meningkatkan kehidupan rakyat Sarawak," katanya.
Bercakap lanjut, beliau berkata sektor awam perlu signifikan dengan keperluan digital untuk menyesuaikan diri untuk meraih manfaat era digital.
"Anda harus menerima teknologi digital dan data untuk mengubah interaksi dengan pengguna awam termasuk reka bentuk dasar, penyampaian, pemantauan dan penilaian.
"Maka bagi mencapai visi kerajaan digital memerlukan kepimpinan dan komitmen yang padu terutama daripada ketua jabatan untuk melahirkan perkhidmatan awam yang lebih lancar, cekap dan mengutamakan rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, pada 2024, seramai 162 ketua jabatan telah menandatangani Ikrar Kerajaan Digital Sarawak di hadapan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bagi mengesahkan komitmen bersama untuk memacu inovasi digital, memperkemas proses dan mencapai pendigitalan penuh perkhidmatan kerajaan menjelang 2030.
"Matlamat kita untuk memastikan 100 peratus perkhidmatan awam boleh diakses dalam talian, 100 peratus pilihan pembayaran tanpa tunai oleh kementerian dan agensi serta penjawat awam celik digital mencapai 100 peratus menjelang 2030," ujarnya.
Malah katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menerima pendigitalan melalui penilaian dalam talian dan kelulusan semua kertas Kabinet menggunakan iPad yang mencerminkan komitmen terhadap kecekapan pentadbiran, kelestarian alam sekitar dan kemajuan teknologi.
"Inisiatif ini menyokong pembuatan keputusan yang diperkemas, keselamatan data yang dipertingkatkan sejajar dengan matlamat Sarawak untuk menjadi negeri digital terkemuka bukan sahaja di Malaysia malah rantau ini," ujarnya.
Hadir sama ke forum itu ialah Pengarah Urusan Wilayah AWS Eric Conrad dan Ketua Pegawai Eksekutif Centre For Technical Excellenge Sarawak (CENTEXS) Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047739 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list