CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53|Reply: 0

[Sarawak] MPP bertindak pantas tangani isu jalan mendap di Jambatan Stakan

[Copy link]
Post time 6-5-2025 02:46 PM | Show all posts |Read mode


Tan Kai meninjau tapak kerja bersama kakitangan MPP dan kontraktor.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bertindak pantas menangani isu jalan mendap di Jambatan Stakan selepas menerima aduan pada 2 Mei 2025 (Jumaat) melalui Talikhidmat, Borang Aduan dan Talian Hotline MPP.

Pengerusi MPP Tan Kai berkata, MPP mengerahkan pasukan dalamannya memeriksa tapak dan menilai keadaan di kawasan tersebut pada hari sama aduan dibuat, disusuli dengan pemasangan notis amaran kepada pengguna jalan raya mengenai kerja pembaikan yang dijadualkan keesokan harinya (3 Mei 2025).

Menurutnya, kerja pembaikan sementara dilaksanakan pada 3 Mei 2025 (Sabtu) dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang, diketuai Jurutera MPP Mohd Hazwan Othman.
Operasi juga katanya, turut diselia oleh pegawai Uulia Ulanda Rumpang serta dibantu enam kakitangan yang mengawal lalu lintas.

“Kontraktor MPP menghantar sembilan orang termasuk seorang operator jentera JCB, seorang pemandu lori, dua penyelia dan empat pekerja am untuk memastikan kerja siap dalam tempoh sehari.

“Skop kerja merangkumi penurapan asas premix, pemasangan lima keping plat keluli (1.5m x 3m x 25mm tebal) serta penurapan lapisan premix tambahan setebal 50mm di permukaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tan Kai dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menegaskan kerja dilaksanakan sepenuhnya di bawah pemantauan MPP bagi menjamin keselamatan awam.

Beliau turut menasihati pemandu kenderaan berat supaya menggunakan laluan alternatif bagi membantu mencegah berlakunya mendapan jalan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.043380 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list