CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Sarawak] Perkhidmatan kesihatan lebih baik di Sarawak

[Copy link]
Post time 6-5-2025 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Bakal saksi perkembangan penting dalam perkhidmatan awam, khususnya rawatan kesihatan untuk rakyat



(Dari tiga kiri) Yii, Ting, Lukanisman, Abdullah dan Ariffin bersama ahli jawatankuasa pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di bangunan PMM, malam semalam.

MIRI: Sarawak bakal menyaksikan perkembangan penting dalam perkhidmatan awam tidak lama lagi, khususnya dalam aspek rawatan kesihatan untuk rakyat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni.

Berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Melanau Miri (PMM) di sini, malam semalam beliau berkata, antaranya adalah hospital baharu dengan 76 katil di Lawas yang dijangka siap menjelang 2026.

Beliau turut melahirkan harapan bahawa kemudahan yang dinaik taraf itu juga akan mengurangkan beban terhadap kemudahan infrastruktur perubatan yang sudah lama dan usang di daerah utara negeri ini, di mana ramai penduduk masih kekurangan akses mudah kepada penjagaan kesihatan berkualiti.

Lukanisman juga menyatakan bahawa Hospital Petra Jaya yang telah lama tertangguh di Kuching kini berada di landasan yang betul untuk disiapkan tahun depan.

Projek itu yang telah menghadapi pelbagai kelewatan katanya, akan menjadi tambahan penting kepada sistem penjagaan kesihatan negeri dan menambah baik perkhidmatan untuk penduduk bandar yang semakin meningkat.

"Projek-projek ini mencerminkan komitmen kita untuk mendesentralisasikan penjagaan kesihatan dan memastikan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan, terutama di kawasan luar bandar, mendapat akses mudah kepada perkhidmatan penting ini," katanya.

Lukanisman menambah bahawa kementerian persekutuan juga memantau potensi implikasi langkah tarif baru-baru ini yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang boleh memberi kesan kepada import farmaseutikal dan peranti klinikal Malaysia.

“Sidang khas Parlimen dijadual diadakan hari ini bagi menangani isu itu,” katanya.

Dari segi pendidikan, Lukanisman mengumumkan rancangan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan Skim Pendidikan Tertiari Percuma (FTES) pada 2026, menawarkan pendidikan tinggi yang dibiayai sepenuhnya kepada pelajar yang layak daripada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Skim ini akan meliputi program ijazah di institusi tempatan terpilih, termasuk Curtin University Malaysia, Swinburne University of Techmology Kampus Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS), memfokuskan kepada kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Undang-undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan.

“Pelajar yang layak akan diberi tawaran untuk melengkapkan program asas yang dibiayai kerajaan selama setahun sebelum meneruskan ke ijazah mereka.

“Mereka daripada isi rumah berpendapatan RM1,500 per kapita atau kurang juga akan menerima RM15,000 sara hidup tahunan dan RM1,200 dalam bentuk wang saku melalui platform digital SPay Global,” katanya.

"Inisiatif ini adalah bukti komitmen Sarawak terhadap pendidikan dan masa depan belia kita," tambahnya.

Lukanisman turut menyuarakan sokongan terhadap cadangan penubuhan pusat kebudayaan untuk PMM sambil melahirkan harapan agar pembiayaan dapat diperoleh melalui kerajaan negeri.

Sebagai tanda sokongannya, beliau menjanjikan RM10,000 daripada dana kawasannya dan tambahan RM10,000 atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting yang turut hadir pada majlis tersebut, seterusnya mengumumkan RM10,000 sebagai sokongan kepada aktiviti PMM, berserta RM120,000 yang diperuntukkan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Turut hadir ialah ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii, Timbalan Datuk Bandar Ariffin Mohamad dan Presiden PMM Abdullah Jaini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043009 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list