CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

[Kedah] Amaran suhu ekstrem berita palsu - APM

[Copy link]
Post time 3-5-2025 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Amaran suhu ekstrem berita palsu - APM

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 2, 2025 @ 8:03pm





Kenyataan palsu yang tersebar di media sosial. - Foto Ihsan APM



ALOR SETAR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung amaran suhu ekstrem antara 45 hingga 55 darjah Celsius seperti yang ditular di media sosial sejak semalam.

APM dalam kenyataan berkata, ia adalah berita palsu yang kini tular di aplikasi WhatsApp dan beberapa media sosial lain.

Melalui kenyataan itu, APM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara.

"APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini, yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

"Sehubungan itu, APM menasihatkan kepada semua masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya dan hendaklah merujuk kepada sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan lain-lain agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendapatkan informasi yang sahih dan terkini mengenai keadaan cuaca dan amaran cuaca," menurut kenyataan itu.

Berita palsu yang tular di media sosial itu memaklumkan, mulai 29 April hingga 12 Mei dari jam 10 pagi hingga 3 petang, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berada di luar rumah (di bawah cahaya matahari secara langsung) kerana METMalaysia mengeluarkan amaran bahawa suhu akan meningkat antara 45 darjah Celsius hingga 55 darjah Celsius.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1391555/amaran-suhu-ekstrem-berita-palsu-apm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051106 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list