CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44|Reply: 0

[Kedah] 'Memang jasad adik saya'

[Copy link]
Post time 1-5-2025 11:02 AM | Show all posts |Read mode
'Memang jasad adik saya'

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 1, 2025 @ 10:25am




Saiful menunjukkan gambar adiknya, Siti Rohani yang hilang sejak November tahun lalu. - foto fail NSTP



ALOR SETAR: "Memang itu jasad adik saya (Siti Rohani Saad, 37) yang hilang sejak enam bulan lalu selepas keputusan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) mengesahkan itu adalah dia," kata Saiful Saad, 47.

Siti Rohani dilaporkan hilang ketika keluar ke tempat kerjanya di sebuah kedai makan di Jalan Pegawai, di sini dengan menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena, November tahun lalu.

Bagaimanapun kehilangannya ketika itu menimbulkan misteri apabila hanya motosikal Honda Wave miliknya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, Langgar, Kampung Alor Sekawan, pada 8 November tahun lalu.

"Kami dihubungi polis pada 3 petang Jumaat lalu sebaik dimaklumkan keputusan DNA pada jasad yang ditemui di tebing Sungai Kedah pada 13 Januari lalu memang sah milik adik.

"Kami sekeluarga sudah menuntut jasadnya di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut, selepas solat Maghrib pada hari yang sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Saiful berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian adik bongsu daripada lapan beradik itu.

Katanya, meskipun terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan keputusan DNA, namun mereka menerima takdir itu dengan hati terbuka walaupun sebelum ini berharap supaya adiknya itu dalam keadaan selamat.

"Sampai sekarang pun masih ingatkan adik kerana dia tinggal dengan kakak, Naziroh Saad, 51, bersebelahan rumah saya di Kampung Kuala Lanjut ini.

"Walaupun tak dapat tengok mukanya buat kali terakhir tetapi saya sempat mengangkat kerandanya di tanah perkuburan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan jasad wanita itu sudah dituntut ahli keluarga beberapa hari lalu selepas laporan DNA membuktikan itu adalah Siti Rohani.

Beliau berkata, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan di bawah kes mati mengejut (SDR).

"Pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah melakukan pencarian di kawasan itu sejurus dimaklumkan penemuan motosikal mangsa tetapi tidak menemuinya.

"Berkemungkinan mangsa tersangkut pada pokok dan dihanyutkan air di sungai berkenaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1390867/memang-jasad-adik-saya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042080 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list