CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas pekerja gudang ditahan curi cip bernilai RM120,000

[Copy link]
Post time 1-5-2025 01:12 AM | Show all posts |Read mode
Bekas pekerja gudang ditahan curi cip bernilai RM120,000

BERNAMA - April 30, 2025 @ 9:47pm






GEORGETOWN: Polis menahan bekas pekerja sebuah gudang kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen cip jenis PMU0123 bernilai RM120,000 milik sebuah syarikat elektronik multinasional yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Teluk Kumbar dekat sini hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Siasatan awal mendapati pihak syarikat telah membuat semakan audit dalaman dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di situ sebelum mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja sebagai individu yang mencurigakan.

"Berdasarkan siasatan suspek dipercayai telah mengambil sebanyak lapan unit cip dari stor syarikat dan menjualnya kepada individu tidak dikenali di kawasan hentian bas hadapan sebuah kilang di situ," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata susulan penahanan lelaki itu, polis merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max miliknya.

Sazalee berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan pembeli cip itu dan lelaki berkenaan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1390739/bekas-pekerja-gudang-ditahan-curi-cip-bernilai-rm120000





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050659 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list