
Iskandar dan isteri (duduk tengah) bersama Pengiran Daud (duduk tiga kiri), ahli-ahli GPK Bintulu dan masyarakat setempat merakam gambar kenangan.
BINTULU: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Gedong Permulaan Kami (GPK) Bintulu 2025 meriah dihadiri ahli-ahlinya dan masyarakat setempat di sebuah hotel di sini malam tadi. Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dan isteri Dayang Loha Awang Sahari serta Pengerusi GPK Bintulu Dato Pengiran Daud Pengiran Putera serta ahli jawatankuasa GPK Bintulu. Ia diadakan bagi merai dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli GPK dan masyarakat setempat. Tema majlis ialah `Gabungan Pertalian Keluarga, Gedung Permulaan Kami' yang diharap menjadi platform memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam komuniti setempat. Pelbagai aktiviti sampingan lain turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.
|