CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28|Reply: 0

[Sarawak] Pembangunan luar bandar terus jadi keutamaan GPS

[Copy link]
Post time 28-4-2025 09:58 AM | Show all posts |Read mode


Rentap ketika berucap pada Program Randau Pemansang anjuran JKKK Rumah Salim Unang, Sungai Rassau, Batang Igan Tengah pada Jumaat.

SIBU: Pembangunan di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan semua rakyat menikmati kemajuan secara saksama.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, usaha ini dilaksanakan menerusi pelbagai dasar, program dan projek yang berpaksikan pembangunan rakyat.

Antaranya, kerajaan menyediakan skim pinjaman membaiki rumah panjang kepada rakyat.

“Kini, skim pinjaman membaiki rumah panjang bukan lagi RM30,000 tetapi kerajaan telah menaikkannya kepada RM50,000.

“Tetapi anda harus tahu bagaimana cara membuat laporan untuk memohon skim tersebut. Kalau tidak tahu boleh rujuk dan bertanya kepada mereka yang telah membuatnya,”ujarnya.

Rentap berkata demikan pada Program Randau Pemansang anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Salim Unang, Sungai Rassau, Batang Igan Tengah, pada Jumaat.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penduduk Rumah Salim Unang kerana telah berjaya membaiki rumah panjang mereka yang kini berwajah baharu.

“Reka bentuk dan warna yang seragam ini melambangkan semangat bersatu penduduk rumah panjang ini. Ini jelas menunjukkan anda semua satu hati,” katanya.

Rentap menyeru kepada penduduk di kawasan Bawang Assan supaya sentiasa bersatu padu di bawah payung GPS bagi mencapai hasrat Sarawak maju menjelang tahun 2030.

“Semua usaha ini memerlukan perpaduan antara semua rakyat. Kalau tidak bersatu, ia tidak tercapai, semua ada memainkan peranan dari wakil rakyat, pegawai daerah, ketua masyarakat, ketua kaum dan rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebab itu, selalunya kalau ia tidak tercapai adalah akibat kekurangan kepimpinan. Tuai rumah mesti berfikir untuk membuat perancangan, bukan hanya wakil rakyat sampai di rumah panjang mereka memberikan surat permohonan,” tegasnya.

Pada majlis itu, Rentap mengumumkan peruntukan sebanyak RM6,000 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan (RM4,000) kepada JKKK Rumah Salim Unang.

Selain itu, Rentap turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,000 dan Lidam (RM2,000) kepada lapan JKKK rumah panjang pada majlis tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan Romeo Christopher Tegong dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau Kor Jie serta yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list