CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

[Sarawak] Sipitang berpotensi jadi hab ekonomi dan pelancongan rentas sempadan

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:29 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Isnin (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir dan Ahli Majlis Daerah Sipitang bagi sesi 2025-2027.

SIPITANG: Kedudukan strategik Sipitang yang terletak bersempadan dengan Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah menjadikan daerah itu berpotensi besar untuk diterokai sebagai hab pembangunan ekonomi serta pelancongan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, kelebihan geografi itu meletakkan Sipitang di landasan tepat untuk dibangunkan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kedudukan strategik Sipitang sebagai pintu masuk rentas sempadan antara Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah menjadikannya salah satu daerah yang berpotensi besar untuk diterokai sebagai hab pembangunan ekonomi dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Sipitang bagi sesi 2025-2027 di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, seramai 17 individu menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Sipitang dan akan bertanggungjawab membantu merancang serta melaksanakan inisiatif pembangunan di peringkat tempatan.

Isnin turut menggesa semua ahli majlis baharu agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi untuk memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, Sipitang bukan sahaja kaya dengan keunikan budaya dan warisan tempatan seperti Pesta GATA, malah turut mempunyai kelebihan dari segi keindahan alam semula jadi dan hasil pertanian yang subur.

“Gabungan nilai warisan, kekayaan sumber semula jadi serta lokasi strategik menjadikan Sipitang sebuah daerah yang amat berpotensi untuk dimajukan dengan lebih agresif,” katanya.

Menurutnya, perkembangan serantau terutama perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bakal membawa kesan langsung kepada kawasan sempadan seperti Sipitang, Kalabakan dan Nabawan.

Jelasnya, perubahan itu tidak harus dipandang ringan kerana ia dijangka mencetuskan pertumbuhan aktiviti ekonomi rentas sempadan yang pesat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa persediaan awal dari segi infrastruktur, keselamatan sempadan dan kemudahan logistik perlu diberi keutamaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050799 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list