View: 70|Reply: 2
|
[Pulau Pinang]
Ramli Ngah dilantik TYT baharu Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
Ramli Ngah dilantik TYT baharu Pulau Pinang
24 April 2025 12:02pm

RAMLI NGAH TALIB. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
KUALA LUMPUR - Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada Khamis.
Pada istiadat sama, Ramli, 84, turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.
Ramli dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.
Pelantikan Ramli bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/724765/edisi/utara/ramli-ngah-dilantik-tyt-baharu-pulau-pinang
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun Ramli Ngah Talib menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
kredit BH
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Ibrahim (tengah) berkenaan merakam foto kenangan bersama tetamu sempena Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini hari ini. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
kredit - BH
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|