CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

[Kedah] Harga emas diramal terus melonjak, berlaku pembelian panik - Peniaga

[Copy link]
Post time 23-4-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 23-4-2025 01:36 PM

Harga emas diramal terus melonjak, berlaku pembelian panik - Peniaga

Peningkatan harga emas sejak awal tahun 2025 sahaja mencatatkan kenaikan lebih RM50 per gram, membuatkan ramai individu mula menyedari potensi keuntungannya.



WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
23 April 2025 12:17pm




Elee Salmi (kiri) melayan pelanggannya di Empayar Emas YL Changlun pada Rabu.



ALOR SETAR – Harga emas diramal boleh melonjak kepada RM600 hingga RM700 pergram pada penghujung tahun ini, didorong oleh fenomena luar biasa dan isu global yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pengasas Empayar Emas YL Changlun, Elee Salmi Ishak, berkata, peningkatan harga emas sejak awal tahun ini sahaja mencatatkan kenaikan lebih RM50 per gram, membuatkan ramai individu mula menyedari potensi keuntungannya.

Menurutnya, lonjakan ini mencetuskan fenomena pembelian panik dalam kalangan masyarakat yang berlumba-lumba mendapatkan emas sebagai simpanan dan pelaburan.

“Kenaikan harga emas ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Pembelian panik berlaku kerana ramai sedar, jika tidak beli sekarang harga mungkin terus naik dan mereka akan terlepas peluang,” katanya yang kini mempunyai lebih 1,500 ejen di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Beliau turut menjangkakan trend ini akan berterusan, memandangkan emas bukan hanya menjadi aset pelaburan yang menguntungkan, tetapi juga mampu menjadi simpanan jangka panjang yang kukuh.


Elee Salmi (kanan) bersama anaknya, Nurul izyani Mohd yusop, yang juga Ketua Eksekutif Jualan Empayar Emas YL Changlun menunjukkan dinar turut laris dijual dan mendapat permintaan tinggi.



Fenomena kenaikan harga emas menyebabkan permintaan meningkat secara mendadak, sehingga stok emas cepat habis di pelbagai platform di Malaysia.


“Alhamdulillah, kami lihat pembelian emas berlaku secara drastik. Kilang emas juga panik kerana tidak mampu memenuhi permintaan. Bagi mereka yang membeli emas dua hingga tiga bulan lalu, mereka sudah menikmati keuntungan daripada kenaikan harga ini,” tambah beliau.


Pada masa yang sama, ramai pemilik emas tampil menjual koleksi emas mereka untuk menikmati margin keuntungan yang tinggi, memandangkan harga pasaran berada pada tahap yang amat menguntungkan.


Elee Salmi turut menasihatkan masyarakat untuk menjadikan emas sebagai aset kewangan utama mereka.

“Tidak cukup untuk bergantung kepada simpanan tunai semata-mata kerana tunai lebih mudah digunakan dan boleh habis akibat nafsu berbelanja. Bila simpan dalam bentuk emas, kita tidak mudah menjualnya kerana rasa sayang, sekali gus dapat mengukuhkan kewangan kita,” jelasnya.






Ketua Eksekutif Jualan Empayar Emas YL Changlun, Nurul izyani Mohd yusop menunjukkan dirham yang turut mendapat permintaan tinggi selain dinar yang dijual oleh pihaknya secara fizikal ataupun di dalam talian.



Beliau percaya, menyimpan emas dapat membantu individu merancang kewangan mereka dengan lebih baik, terutama dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi global.

Empayar Emas YL Changlun mula diasaskan pada 2019 dan aktif di Malaysia dan Indonesia bakal memasuki pasaran Singapura serta Brunei sebagai langkah pengembangan perniagaan emas di peringkat antarabangsa.

Pada Selasa, media melaporkan harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu, mencecah paras penting AS$3,500 (RM15,307.40) atau RM492.14 segram.

Ini berikutan kebimbangan terhadap kritikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell yang melemahkan sentimen risiko dan mendorong pelabur beralih kepada logam berharga sebagai aset selamat.


https://www.sinarharian.com.my/article/724558/edisi/kelantan/harga-emas-diramal-terus-melonjak-berlaku-pembelian-panik---peniaga



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040967 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list