CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 3

[Pulau Pinang] Penduduk Pulau Pinang perlu simpan air untuk kegunaan 24 hingga 60 jam mulai Jumaat

[Copy link]
Post time 22-4-2025 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Pulau Pinang perlu simpan air untuk kegunaan 24 hingga 60 jam mulai Jumaat

BERNAMA




GAMBAR hiasan.



Georgetown: Pengguna di Pulau Pinang yang akan terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual bermula Jumaat ini diminta untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan selama 24 hingga 60 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (BPAPP) Datuk K Pathmanathan berkata 40 peratus atau 136,683 daripada 341,708 akaun pengguna di semua kawasan yang terjejas di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Daerah Timur Laut (DTL) di bahagian pulau dijangka mengalami gangguan bekalan selama 24 jam.

"Tempoh gangguan bekalan bagi 163,502 atau 48 peratus akaun pengguna di Seberang Perai Selatan (SPS) yang terjejas kecuali Kampung Sungai Baong, Kampung Wellesley, Taman Seruling Emas, Taman Widuri, Sungai Duri dan Kompleks Kuarters Penjara Seberang Perai dijangka berlaku selama 48 jam.

"Seramai 41,523 atau 12 peratus pengguna di semua kawasan di Daerah Barat Daya (DBD) kecuali Balik Pulau (kejiranan di bahagian selatan), Gertak Sanggul, Kampung Terang, Pulau Betong and Sungai Ara dijadual mengalami gangguan bekalan selama 60 jam sehingga 10 malam Ahad," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan PBAPP akan menggerakkan 80 lori tangki dan menempatkan 182 tangki air di lokasi strategik di seluruh negeri sepanjang tempoh itu.

Katanya pengguna air domestik boleh mendapatkan air daripada tangki berkenaan di kawasan kejiranan masing-masing.

Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata 341,708 akaun pengguna di lima daerah di Pulau Pinang akan terkesan dengan gangguan bekalan air dari 25 hingga 28 April, ekoran pelaksanaan 23 projek yang melibatkan kos keseluruhan RM25 juta.

Projek berkenaan bagi menambah baik perkhidmatan bekalan air kepada kira-kira 465,000 pengguna air di kawasan perkhidmatan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Sementara itu, Pathamanthan berkata kerja-kerja fizikal bagi 23 projek kerja air itu dijadual siap sepenuhnya selewat-lewatnya 4 petang, Sabtu dan pemulihan bekalan air akan dimulakan selepas semua projek menjalani ujian akhir dan pengoperasian serta setelah LRA Sungai Dua memulakan semula operasi rawatan dan pengepaman air.

"Proses pemulihan bekalan air akan berlaku secara berperingkat disebabkan oleh perbezaan tempoh yang diambil untuk air terawat dari Sungai Dua sampai ke lokasi pengguna yang berbeza.

"Secara umumnya, pengguna di hulu yang terletak lebih dekat dengan Sungai Dua akan menerima bekalan air terlebih dahulu daripada pengguna hiliran yang lebih jauh," katanya.



Disiarkan pada: April 22, 2025 @ 5:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1210538/penduduk-pulau-pinang-perlu-simpan-air-untuk-kegunaan-24-hingga-60-jam




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2025 06:46 PM | Show all posts
area @novelloverzz  x kena kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 08:12 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 22-4-2025 06:46 PM
area @novelloverzz  x kena kan.

kena gak tp yg 24jam pny
hrp ramai yg ade kg sila blk ke kg msg2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2025 09:00 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 22-4-2025 08:12 PM
kena gak tp yg 24jam pny
hrp ramai yg ade kg sila blk ke kg msg2

utk air minum kena beli siap2 air dlm botol 1 carton.tp pelik juga derang selalu plan buat keje mcm ni masa wiken.
time wiken kan ramai yg x keje.
dan budak2 sek ada rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034091 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list