CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

Kasut sesuai untuk tubuh sihat

[Copy link]
Post time 22-4-2025 12:53 PM | Show all posts |Read mode


RAMAI wanita mula bersenam untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental, tapi tidak ramai sedar pemilihan kasut sukan memainkan peranan besar dalam perjalanan kecergasan mereka.


Pemilihan kasut sukan yang sesuai bukan sahaja membantu meningkatkan prestasi, malah boleh mengelakkan kecederaan seperti sakit lutut dan terseliuh.


Bagaimanapun, pemilihan ini bukan lagi sekadar soal menyukai warna merah jambu atau 'OOTD' dengan gaya bersukan semata, malah ia turut berkaitan kesihatan jangka panjang.


Wanita mempunyai bentuk kaki yang umumnya lebih kecil dan 'arch' adalah sedikit berbeza berbanding lelaki.




Disebabkan faktor biologi dan struktur tulang pelvis wanita yang lebih lebar, cara golongan ini berjalan dan berlari juga sedikit berbeza.


Disebabkan itu, banyak jenama besar mula menghasilkan rekaan kasut sukan dengan 'women-specific last' iaitu acuan tapak kaki yang direka khusus untuk bentuk kaki wanita.


Langkah pertama sebelum membeli kasut adalah kenal pasti jenis aktiviti yang akan dilakukan kerana ia perlukan jenis kasut berbeza.


Kasut untuk berlari adalah tidak sama dengan kasut untuk zumba atau latihan di gimnasium dan jika aktif melakukan pelbagai jenis senaman, mungkin perlu lebih daripada sepasang kasut untuk betul-betul mendapat sokongan dan keselesaan yang sesuai.


Contohnya, kasut berlari direka lebih ringan, ada kusyen tebal di tumit dan tapak tengah untuk menyerap hentakan ketika kaki mencecah permukaan jalan.


Namun, jika menggunakan kasut ini untuk aktiviti seperti tenis atau badminton, risiko tergelincir adalah tinggi kerana tapak tidak cukup cengkaman dan aktiviti di gelanggang dalaman perlukan kasut dengan tapak leper dan struktur lebih kukuh di sisi.


Mengenali bentuk kaki sendiri sangat penting sebelum membuat pilihan kerana ada wanita yang memiliki 'arch' tinggi dan ada juga yang 'flat feet' selain ada juga yang ada masalah 'overpronation' (kaki melengkung ke dalam masa berjalan) atau 'supination' (kaki senget ke luar).


Semua ini memberi kesan kepada cara kaki menyerap tekanan dan jika tidak diberi sokongan yang betul, lama-kelamaan boleh mengakibatkan kesakitan atau kecederaan.


Jika tidak pasti bentuk kaki sendiri, boleh ke kedai sukan yang menawarkan khidmat nasihat dan 'foot scan' percuma, malah ada yang juga melakukan 'gait analysis,' di mana penilaian cara berjalan atau berlari yang membantu untuk tentukan jenis kasut serta teknologi yang paling sesuai.


Pemilihan saiz juga tidak boleh diambil mudah dan ramai yang memakai kasut sukan terlalu ketat kerana mahu mengikut saiz kasut biasa, padahal kaki akan mengembang ketika bersukan.


Untuk kasut sukan, sebaiknya perlu ada ruang lebih sedikit di hujung dan cukup untuk satu ibu jari dan kasut yang terlalu ketat boleh sebabkan melecet, kuku kaki lebam atau rasa kebas ketika bersenam.


Satu tip mudah ialah mencuba kasut pada sebelah petang kerana ketika itu kaki kita sudah mengembang sedikit akibat aktiviti sepanjang hari dan 'fitting' lebih realistik berbanding pada sebelah pagi, mungkin kita beli saiz yang nampak muat, tapi akan rasa sempit bila pakai untuk 'workout' sebenar.




Setiap jenama ada potongan atau bentuk berbeza walaupun nombor saiz sama dan contohnya, US8 untuk kasut jenama A mungkin lebih sempit daripada US8 untuk kasut jenama B, jadi penting untuk cuba model dan jenama tertentu dulu sebelum buat keputusan dan jangan beli berpandukan nombor semata-mata.


Ramai juga yang memilih beli secara dalam talian dan kemungkinan tersalah saiz itu juga agak tinggi kerana kasut baharu perlu dicuba dahulu sebelum dibeli untuk rasa selesa dan sesuai.


Material kasut juga mainkan peranan terutama dalam cuaca di Malaysia yang panas dan lembap dan pilih kasut dengan bahagian atas (upper) daripada 'mesh' atau bahan ada aliran udara supaya peluh mudah kering dan kaki tidak rasa panas atau berkuap.


Elakkan kasut yang terlalu tebal atau guna bahan kulit sintetik yang menjadikan kaki berpeluh berlebihan.


Bagi wanita yang ada masalah 'overpronation', penting untuk memilih kasut yang ada struktur sokongan tambahan seperti 'medial post' atau 'arch support' dan ada beberapa jenama bagi membantu kaki kekal selari dan mengurangkan tekanan pada lutut serta pinggul.


Tapak kasut juga memainkan peranan buat yang menggemari aktiviti luar seperti mendaki atau 'trail running,' pilih tapak yang ada corak 'lugs' tebal untuk cengkaman lebih baik atas tanah basah atau tidak rata.


Untuk aktiviti dalaman corak cengkaman jenis flat lebih sesuai dan jangan ambil mudah kerana kasut yang tidak cukup cengkaman boleh menyebabkan jatuh atau tergelincir.


Berat kasut juga salah satu faktor yang ramai tak sedar dan kasut yang ringan memang selesa serta sesuai untuk aktiviti pantas seperti larian jarak jauh.


Namun, jika terlalu ringan dan kurang kusyen, boleh jadi tak cukup perlindungan dan untuk latihan kekuatan pula perlukan kasut yang lebih berat dan stabil untuk kawalan ketika mengangkat beban.


Ambil kira juga faktor ketahanan dan sekiranya aktif antara tiga hingga lima kali seminggu, kasut sukan biasanya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan sahaja.


Akhir sekali, dengar 'suara' badan sendiri sekiranya mula rasa sakit pada tapak kaki, tumit, lutut atau pinggul selepas aktiviti mungkin disebabkan kasut yang tidak sesuai.


Kesimpulannya walaupun gaya dan warna kasut itu menggoda, jangan jadikan ia faktor utama dalam pemilihan dan kasut yang nampak cantik, tapi tidak sesuai dengan bentuk kaki atau jenis aktiviti yang akan membuat kita menderita dalam diam.


Biar rupa biasa, tapi fungsi mantap, daripada sekadar cantik, tapi setiap sesi menjadikan kaki dan diri rasa tidak selesa menahan sakit. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042454 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list