CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60|Reply: 0

[Sabah] Kanak-kanak autisme dilaporkan hilang belum jumpa

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode


SAR: Pasukan bomba dibantu agensi penyelamat iaitu pihak polis dan APM yang terlibat dalam SAR mangsa hilang di Kampung Bahagia II Tamparuli.

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian di Kampung Bahagia II, Tamparuli dekat sini kira-kira jam 1.52 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf adalah seorang kanak-kanak istimewa penghidap autisme.

Menurutnya, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis Tamparuli memaklumkan seorang kanak-kanak autisme hilang di belakang pejabat daerah Tamparuli.

Katanya, pasukan bomba membuat pencarian di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan bantuan anjing pengesan K9.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak Ahad dan masih diteruskan hingga semalam bersama agensi penyelamat lain.

"Radius jarak pencarian diperluaskan dan dibahagikan kepada empat sektor termasuk di kawasan sungai dengan menggunakan bot," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil pencarian melalui SAR hari kedua setakat jam 1.30 petang, mangsa masih belum ditemukan.


HILANG: Gambar mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Aniq Faiz yang juga penghidap autisme seperti yang dikongsikan oleh ibu mangsa di laman sosial.

Sebelum ini, ibu mangsa merayu bantuan orang ramai melalui media sosial supaya sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anaknya yang hilang untuk menghubunginya di talian 016-5874384.

Mangsa disedari hilang di belakang rumah keluarganya yang berhampiran dengan Pejabat Daerah Tamparuli.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.037897 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list