CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 78|Reply: 0

[Borneo] Yayasan SOP kumpul 124 pain darah dalam kempen derma darah

[Copy link]
Post time 21-4-2025 09:46 AM | Show all posts |Read mode


Penderma darah dan mereka yang berdaftar untuk kempen derma darah Yayasan SOP di pusat beli-belah Boulevard.

MIRI: Yayasan SOP berjaya menganjurkan kempen derma darahnya di pusat beli-belah Boulevard di sini dengan mengumpul sejumlah 124 pain darah daripada 153 penderma yang berdaftar.

Antara mereka ialah 31 penderma kali pertama dan enam individu yang mendaftar sebagai penderma organ.

"Pencapaian ini adalah bukti kekuatan kerjasama komuniti," kata wakil Yayasan SOP Iris Yong yang turut berterima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa dan usaha menjayakan aktiviti itu.

Sebagai tanda penghargaan, setiap penderma menerima sebotol 2kg Merris Lite Pure Vegetable Oil dan beg cenderamata.

Kempen tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dua kali setahun oleh Yayasan SOP, dengan usaha serupa juga dijalankan di Bintulu.

Kempen seterusnya dirancang diadakan pada 8 November di pusat beli-belah Boulevard.

Selain itu Yayasan SOP juga akan menganjurkan aktiviti larian iaitu Healthy Strides Run yang akan diadakan pada 27 April ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040032 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list