CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Sabah] Pelabur tidak datang jika masalah infrastruktur terus dibiarkan: Shafie

[Copy link]
Post time 20-4-2025 11:28 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah tidak akan mampu menarik pelabur jika masalah asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan pelabuhan tidak ditangani dengan serius oleh kerajaan negeri.


Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal berkata, kemudahan asas yang baik memainkan peranan penting untuk menarik minat pelabur ke Sabah.


Shafie turut melahirkan rasa kesal apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri yang menjadi lokasi penting dalam membuat keputusan untuk rakyat turut berdepan dengan masalah bekalan air.


“Bayangkan, di tengah-tengah persidangan DUN, tidak ada air, padahal Ketua Menteri ada di situ dan menteri-menteri pun ramai lagi di DUN.


“Ini di di kawasan bandar, bukan di Pitas atau Long Pasia, Kalau di DUN pun tiada air, apalagi kampung seperti Kuala Baru, di sini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri WARISAN Bahagian Sepanggar, di sini, hari ini.


Menurutnya, pelabur tidak akan datang kalau tidak ada air, elektrik pun dicatu, jalan berlubang-lubang dan pelabuhan pun tidak sempurna.


“Lihat saja Pelabuhan Sepanggar, sekarang diurus oleh syarikat luar dari Dubai. Di mana orang Sabah?” katanya.


Shafie turut mempersoalkan keberkesanan penggunaan peruntukan kerajaan negeri bagi pembaikan jalan raya yang dilihat tidak memberi kesan besar kepada rakyat.


Katanya, tahun lepas peruntukan jalan raya RM350 juta, tahun ini RM500 juta. Tapi bila saya lalu pelabuhan, jalannya masih berlubang dan cuma ditampal-tampal. Ke mana duit itu pergi?” katanya.


“Kita bimbang tentang penghijrahan besar-besaran anak muda Sabah ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan kerana kekurangan peluang di negeri sendiri, meskipun kerajaan mendakwa ramai pelabur datang ke Sabah.


“Kalau pelabur datang, kenapa ratusan ribu anak-anak Sabah cari kerja di Semenanjung? Pelabur perlukan infrastruktur asas yang baik. Kalau ini pun kita gagal sediakan, bagaimana mahu tarik pelabur,” katanya.


Shafie menyeru rakyat Sabah agar sedar dan insaf bahawa tanggungjawab membangunkan negeri bukan hanya bergantung kepada pemimpin tetapi juga kepada kesedaran rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka.


“Politik bukan sekadar kuasa, tetapi untuk membina umat dan masa depan anak-anak kita. Jangan hanya tahu masalah, tapi tidak bertindak apa-apa.


“Kestabilan dan kemajuan Sabah bergantung kepada keikhlasan serta kesungguhan pemimpin untuk membangunkan negeri secara menyeluruh, bukan sekadar retorik politik,” katanya. - UTUSAN BORNEO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.291177 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list