CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pesta Songkran di Batu Feringghi tiada permit - Polis

[Copy link]
Post time 16-4-2025 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-4-2025 05:22 PM

Pesta Songkran di Batu Feringghi tiada permit - Polis

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 April 2025 02:59pm




Tular satu klip video di media sosial memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan berpakaian mencolok mata di atas sebuah premis ketika sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini. Gambar kecil: Abdul Rozak



GEORGE TOWN - Polis mengesahkan pihak penganjur sambutan perayaan Songkran yang berlangsung dalam suasana tidak bermoral di kawasan pantai awam di Batu Feringghi pada Ahad lalu tidak mempunyai sebarang permit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, tiada sebarang permohonan lesen hiburan awam sementara yang dimohon kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


"Bahagian pelesenan pun tidak terima permohonan atau tapisan.

"Tiada apa-apa permit dikeluarkan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Sementara itu, Sinar Harian masih berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak MBPP mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, tular satu klip video di media sosial memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan berpakaian mencolok mata di atas sebuah premis ketika sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini.


Difahamkan, pesta itu diadakan di sebuah premis di tepi pantai di Batu Feringghi dekat sini.

Pesta berkenaan dianjurkan oleh sebuah kelab yang beroperasi di pusat pelancongan berkenaan.


Dalam rakaman video berdurasi 37 saat itu, ia memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan separuh bogel di atas bangunan premis berkenaan.

Lebih mengecewakan, premis berkenaan hanya terletak kira-kira 50 meter dari sebuah masjid.

Difahamkan, pesta tersebut dianjurkan pada Sabtu dan Ahad lalu oleh pihak swasta bersempena sambutan Songkran dan ia bermula pada jam 4 petang hingga lewat malam.

Menurut iklan pada poster penganjuran, orang ramai yang ingin menyertai pesta air ini perlu membeli tiket pada harga antara RM60 hingga RM120 seorang.

https://www.sinarharian.com.my/article/723206/berita/semasa/pesta-songkran-di-batu-feringghi-tiada-permit---polis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list