CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 117|Reply: 0

[Sarawak] Premier Sarawak pacu peralihan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada hasil hutan

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-4-2025 12:02 PM



PENGARAH Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad dalam satu majlis rasmi yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Pengurusan Hutan) Semilan Ripot, serta Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak (Pengurusan) Sr Rozlan Putit. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kebergantungan negeri ini terhadap hasil hutan khususnya pembalakan sebagai sumber utama pendapatan.

Menurut Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, Sarawak dahulunya amat bergantung kepada sektor perhutanan bagi menjana pembangunan, namun landskap ekonomi negeri telah berubah secara signifikan dalam tempoh lima dekad yang lalu.

“Jika kita imbas 50 tahun dahulu, hasil daripada sektor hutan merupakan tulang belakang ekonomi Sarawak.

“Tetapi hari ini, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, kerajaan negeri berjaya meneroka pelbagai sumber pendapatan baharu di luar sektor perhutanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis rasmi yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Pengurusan Hutan) Semilan Ripot, serta Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak (Pengurusan) Sr Rozlan Putit.

Tambah Hamden, penekanan terhadap kelestarian alam sekitar seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 telah membuka laluan kepada pengenalan ekonomi baharu, sekali gus membantu usaha pemeliharaan hutan di Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 2.164538 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list