CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 119|Reply: 0

[Sarawak] Jabatan Pendidikan Sarawak ucap takziah kepada keluarga murid lemas di Sg Sengayan, Ulu Baram

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:44 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

MIRI: Jabatan Pendidikan Sarawak (JPS) mengucapkan takziah kepada keluarga seorang murid yang lemas selepas kenderaan yang dinaiki bersama ibu bapanya dihanyutkan arus deras di Sungai Sengayan, Ulu Baram pada malam Ahad.

JPS dalam hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebooknya menyatakan bahawa pemergian Valerrie Mentie Dawellies, murid di SK Long Jekitan, merupakan satu kehilangan besar bagi pihak sekolah dan komuniti setempat.

“Dengan hati yang amat berdukacita, kami daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan semua warga pendidikan merakamkan ucapan takziah kepada Litun Ajip, ibu mendiang Valerrie Mentie Dawellies, yang telah meninggal dunia akibat tragedi kemalangan di Sungai Sengayan pada Ahad, 13 April 2025.

"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tercinta, tetapi juga seluruh komuniti yang mengenali dan menyayanginya.

"Valerrie dikenali sebagai seorang murid yang baik hati, berdedikasi dan sentiasa membawa senyuman kepada mereka di sekelilingnya,” kata jabatan itu dalam hantaran tersebut.

JPS mendoakan agar mereka yang ditinggalkan terus tabah dan kuat menghadapi saat sukar ini.

Sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 10 malam Ahad lalu, Valerrie, bapanya, Dawellies Luing, 46, dan ibunya menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan.

Ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Ulu Baram, kenderaan mereka terkandas sebelum dihanyutkan arus deras.

Ibu Valerrie dan pemandu terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala mayat Valerrie telah dijumpai petang Isnin sekitar dua kilometer dari tempat kejadian oleh penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Semasa berita ini ditulis, Dawellies masih hilang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037472 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list