CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sabah] 68,238 KIR di Sabah terima manfaat Program SYUKUR fasa satu

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:14 PM | Show all posts |Read mode


TELITI: Abidin (tengah) meneliti dokumen sebelum Persidangan DUN Sabah bermula hari ini.

KOTA KINABALU: Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) fasa satu merekodkan seramai 68,238 orang menerima pembayaran setakat 1 April 2025 melalui 13 peringkat pembayaran.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, jumlah pembayaran yang berjaya dikreditkan ke akaun keseluruhan penerima setakat ini sebanyak 95 peratus.

Katanya, fasa satu Program SYUKUR melibatkan seramai 72,060 (KIR) miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih setakat Disember 2024.

Menurutnya, lima peratus iaitu 3,822 penerima lagi  sedang dalam proses pengemaskinian data oleh pegawai MySMJ di lapangan.

"Oleh itu, bagi mereka yang tercicir atau tidak tersenarai dalam sistem eKasih, kerajaan negeri membangunkan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) supaya golongan yang tercicir dan layak mendapat bantuan ini boleh melaksanakan permohonan secara dalam talian melalui sistem ini.

"Selain itu, Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) juga bekerjasama dengan pemimpin akar umbi seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah dalam mengenal pasti KIR di daerah masing-masing yang tercicir dan layak menerima bantuan ini.

"Setakat 31 Mac 2025, Sekretariat SMJ menerima sebanyak 270,272 permohonan hasil dari pendaftaran melalui sistem PADANS, senarai tercicir UPPM dan Pejabat Daerah serta sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan kerajaan bagi proses pengesahan selanjutnya," katanya.

Beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi menjawab soalan Jannie Lasimbang (DAP-Kapayan) mengenai jumlah penerima bantuan Program SYUKUR mengikut daerah di Sabah.

Abidin berkata, setakat 28 Mac 2025, Sekretariat SMJ juga melantik seramai 85 orang Pegawai MySMJ Profiler dan ditempatkan di semua pejabat daerah yang akan bertindak dalam penyelarasan dan permohonan kepada mereka yang tercicir serta layak menerima bantuan Program SYUKUR.

Menurutnya, Program SYUKUR yang diperuntukkan kerajaan negeri sejumlah RM358.4 juta melibatkan bantuan kewangan kepada golongan miskin dan miskin tegar berjumlah RM300 sebulan selama setahun.

Katanya, ia adalah tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas seharian.

"Secara dasarnya, program SYUKUR ini akan memberi manfaat kepada 100,000 penerima di seluruh Sabah dengan pembayaran mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 17 Februari 2025 bagi pembayaran fasa pertama.

"Pembayaran program SYUKUR ini akan dilaksanakan secara empat fasa pembayaran iaitu bulan Januari hingga Mac (fasa pertama), April hingga Jun (fasa kedua), Julai hingga September (fasa ketiga) dan Oktober hingga Disember (fasa keempat) dengan pembayaran secara 'lump-sum' bagi tiga bulan berjumlah RM900," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan kepada statistik kemiskinan tegar di Sabah setakat 28 Februari 2025 di dalam pangkalan data eKasih, mencatatkan penurunan jumlah senarai miskin tegar berbanding Februari 2024.

Katanya, berdasarkan data dinamik yang berubah-ubah dan bukan statik, jumlah miskin tegar setakat 28 Februari 2025 adalah berjumlah 1,464 KIR dan jika dibandingkan pada 29 Februari 2024 jumlah miskin tegar yang direkodkan adalah berjumlah 14,553 KIR.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, terdapat penurunan sebanyak 89.9 peratus KIR miskin tegar berbanding tahun sebelumnya.

"Ingin saya tekankan bahawa data eKasih ini bersifat dinamik di mana kenaikan dan perubahan status ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima atau ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain.

"Kerajaan negeri menjangkakan dengan penyaluran bantuan SYUKUR yang mula dikreditkan bermula 17 Februari 2025 akan menyaksikan penurunan angka jumlah miskin dan miskin tegar di dalam sistem eKasih," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.122452 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list