CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 100|Reply: 0

[Sarawak] Florence Nervyn wanita Iban pertama pimpin Persatuan Wartawan Sibu

[Copy link]
Post time 15-4-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


Florence (lima kiri) bersama barisan ahli jawatankuasa baharu SJA bagi penggal 2025-2027.

SIBU: Wartawan Utusan Borneo Florence Nervyn mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Wartawan Sibu (SJA) bagi penggal 2025–2027.
Beliau menjadi wanita Iban pertama yang memegang jawatan tertinggi dalam persatuan tersebut.

Pelantikan Florence diumumkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SJA yang berlangsung di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Lebih 20 ahli persatuan hadir pada AGM dan pemilihan ahli jawatankuasa baharu tersebut.

Pada penggal sebelumnya, Florence memegang jawatan timbalan pengerusi SJA yang diterajui oleh Yii Souk Ming.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi baharu disandang oleh Mohd Alhadi Shamsawi dari RTM Sibu.

Jawatan Setiausaha disandang oleh Hii Hong Wee (Sin Chew Daily), dengan Andy Sabang (Utusan Borneo) sebagai Timbalan Setiausaha.

Amyra Varkisa dari Sarawak Tribune pula memegang jawatan Bendahari.

Persatuan itu juga mengumumkan ahli jawatankuasa baharu bagi penggal ini, termasuk Peter Wee (Sin Chew Daily), Helen Tang (See Hua Daily), Yii Souk Ming (See Hua Daily), Philip Wong (The Borneo Post), dan Akun Giman (Utusan Sarawak).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040382 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list