CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 96|Reply: 0

[Sabah] Percepatkan kelulusan permohonan tanah adat

[Copy link]
Post time 15-4-2025 12:00 PM | Show all posts |Read mode


SHAFIE

KOTA KINABALU: Kelewatan menyelesaikan permohonan tanah adat atau ‘Native Title’ adalah satu bentuk penafian hak asasi rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata, isu tanah anak negeri bukan sekadar soal pentadbiran atau teknikal, sebaliknya ia adalah soal keadilan yang sudah lama tertangguh.

Katanya, lebih 30,000 permohonan Native Title masih belum diselesaikan, ada yang telah menunggu 10 hingga 15 tahun.

“Tanah adat bukanlah satu ‘anugerah’ daripada kerajaan, sebaliknya merupakan hak asal-usul rakyat peribumi yang diiktiraf oleh undang-undang dan termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya.

Shafie turut membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan perlombongan emas di kawasan tanah adat, khususnya di Nagos, Semporna yang didakwanya berpotensi mengancam hak dan kehidupan masyarakat tempatan.

“Saya beri amaran keras, jangan sentuh tanah adat di Nagos. Ia bukan untuk dikaut oleh syarikat luar demi keuntungan jangka pendek. Ini tanah warisan yang harus dipertahankan.

“Kerajaan negeri perlu segera menggubal pelan tindakan yang telus, adil dan berpaksikan rakyat untuk menyelesaikan tunggakan permohonan tanah adat serta menghentikan sebarang bentuk eksploitasi terhadap kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan (WARISAN) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Shafie turut menzahirkan kebimbangan terhadap hala tuju ekonomi negeri yang masih bergantung kepada eksport bahan mentah dan kurang nilai tambah.

“Kegagalan kerajaan negeri membina ekonomi berasaskan industri kecil dan teknikal adalah bukti ketiadaan visi dan keberanian.

“Masalah utama Sabah bukanlah kekurangan sumber, tetapi ketiadaan visi untuk memanfaatkannya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan ketelusan pelaburan sebanyak RM6.5 bilion yang diumumkan oleh kerajaan negeri.

“Berapa banyak yang benar-benar direalisasikan? Siapakah pelabur sebenar? Dan paling penting, apakah manfaat kepada rakyat?”

“Kita dapati bahawa banyak projek besar seperti SOGIP lebih menguntungkan syarikat luar daripada penduduk tempatan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.258373 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list