CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Kedah] Isu karikatur: PN suarakan keluhan rakyat, kata Gerakan

[Copy link]
Post time 14-4-2025 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-4-2025 06:06 PM

Isu karikatur: PN suarakan keluhan rakyat, kata Gerakan

ROSLINDA HASHIM
14 April 2025 04:46pm




Chia Zhen (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (dua, kiri) bersama penyokong PN memegang sepanduk karikatur wajah kedua-dua pemimpin negara serta emoji ketawa ketika mengiringi calon, Abd Muhaimin Malek ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka, pada Sabtu.



ALOR SETAR - Kematangan dalam berpolitik tidak seharusnya ditentukan oleh pemimpin kerajaan, sebaliknya oleh rakyat sendiri sebagai pengundi dan penilai utama prestasi pemimpin.

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen berkata, politik yang matang adalah politik yang bersedia menerima kritikan, menjawab persoalan dan membina masa depan lebih baik, bukannya menutup suara yang berbeza pandangan.


Menurutnya, Perikatan Nasional (PN) hanya menyampaikan keluhan rakyat yang telah lama dipendam dan menyuarakan keresahan sebenar yang dirasai di peringkat akar umbi.

“Kami hanya menyuarakan kebimbangan dan perasaan sebenar rakyat. Berdiri bersama rakyat, adakah itu satu kesalahan?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kulim) itu.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menyifatkan tindakan penyokong PN menggunakan sepanduk karikatur pada perarakan penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada Sabtu sebagai politik tidak matang.


Chia Zhen secara sinis mengajuk karakter karikatur yang mencetuskan isu kalangan penyokong Kerajaan Perpaduan.



Kor Ming menyifatkan sindiran menerusi karikatur wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak membawa nilai tambah kepada pembangunan negara, selain cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar yang perlu kerajaan atasi antaranya perang tarif Trump.


Chia Zhen sebaliknya mempertahankan pendekatan PN tersebut sebagai satu bentuk ekspresi awam yang sah.


“Mereka yang menuduh kami ‘tidak matang’ mungkin bimbang rakyat mula sedar dan mula bertanya perkara yang betul.

“Politik bukanlah satu persembahan, bukan juga alat untuk menyembunyikan kelemahan. Saya ingin tegaskan kematangan seseorang tokoh politik seharusnya ditentukan oleh rakyat, bukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin kerajaan untuk membuat penilaian,” ujarnya.

Exco Kedah itu turut membangkitkan tindakan kempen lalu yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sendiri, seperti nyanyian ‘ABCD GST’ yang dilihat lebih menjurus kepada hiburan politik, namun tidak pula dianggap tidak matang ketika itu.

“Bukankah tindakan sebegitu lebih wajar dipersoalkan berbanding sebuah kartun sindiran? Jika hiburan ringan sebegitu dianggap sebagai politik matang, mungkin sudah tiba masanya untuk kita semak semula tahap pemikiran pemimpin politik negara,” tambahnya.

Dalam pada itu, Chia Zhen tegaskan, PN tetap memberi tumpuan kepada isu-isu dasar dan masa depan kehidupan rakyat menerui pelbagai medium, termasuk kartun sindiran.

“Ia bertujuan untuk menarik perhatian kepada isu-isu penting, bukan untuk menjatuhkan sesiapa secara peribadi.

“Kami yakin rakyat cukup bijak untuk menilai. Mereka tidak perlukan ahli politik untuk menetapkan piawaian bagi mereka,” katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/722805/berita/politik/isu-karikatur-pn-suarakan-keluhan-rakyat-kata-gerakan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.041956 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list