CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 113|Reply: 0

[Sarawak] Enam rumah terbakar, 67 penghuni tinggal sehelai sepinggang

[Copy link]
Post time 14-4-2025 11:44 AM | Show all posts |Read mode




Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan enam unit rumah teres setingkat di Taman Bukit Orang, Bintulu, tengah malam tadi. - Gambar JBPM Sarawak

BINTULU: Seramai 67 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas enam unit rumah teres setingkat terbakar dalam satu kejadian di Taman Bukit Orang, Jalan Sultan Iskandar di sini, tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan BBP Kidurong dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.26 tengah malam.

"Sejurus sampai di lokasi sekitar jam 12.30 tengah malam, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan enam buah rumah teres setingkat," katanya dalam satu kenyataan.


Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan enam unit rumah teres setingkat di Taman Bukit Orang, Bintulu, tengah malam tadi. - Gambar JBPM Sarawak

Katanya, tiga rumah telah terbakar sepenuhnya, sebuah rumah terbakar 70 peratus, manakala dua buah rumah lagi masing-masing terbakar 40 peratus dan 30 peratus di bahagian siling dan dinding.

Tambahnya, kebakaran itu turut melibatkan tiga buah kereta yang telah musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, tiada sesiapa yang cedera atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut.


Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan enam unit rumah teres setingkat di Taman Bukit Orang, Bintulu, tengah malam tadi. - Gambar JBPM Sarawak

Menurutnya, setelah api terkawal sekitar jam 1.33 pagi, pasukan bomba terus menjalankan proses penyejukan bagi memastikan api dipadam sepenuhnya serta menggelakkan berlakunya kebakaran berulang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 2.890891 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list