CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

Tak mengelirukan pun! Pendedahan dwibahasa ada manfaat buat kanak-kanak autisme

[Copy link]
Post time 12-4-2025 10:01 PM | Show all posts |Read mode


ANAK-ANAK autism merupakan kanak-kanak yang sungguh istimewa dan memerlukan cara bertutur atau komunikasi yang khusus buat mereka.

Satu kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dwibahasa mungkin memberi manfaat lebih baik buat kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme.

Dalam jurnal Autism Research, penyelidik dari Universiti Miami menekankan kesan positif penguasaan lebih daripada satu bahasa dengan fungsi eksekutif kanak-kanak.



Pasukan penyelidikan yang diketuai oleh pelajar doktoral psikologi klinikal, Celia Romero, menganalisis kemahiran kognitif 112 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun, dengan sebahagian daripadanya mengalami autisme dan yang lainnya neurotipikal.

Hasil kajian menunjukkan dengan jelas bahawa kanak-kanak yang bertutur dua bahasa atau lebih akan memberi rangsangan yang lebih baik, berbanding mereka yang bertutur dalam satu bahasa.

Ini penting untuk membuat keputusan, perancangan, kawalan impuls dan menyesuaikan diri dengan situasi baharu atau kompleks.

Satu lagi manfaat yang diketengahkan oleh kajian tersebut adalah peningkatan keupayaan untuk memahami pandangan orang lain.



Keupayaan tersebut penting untuk komunikasi sosial yang sering menjadi cabaran bagi kanak-kanak dengan autisme.

Manfaat tersebut dijelaskan melalui fenomena yang dikenali sebagai joint activation. Ia berlaku apabila beberapa kawasan otak diaktifkan seiring dengan respons terhadap satu tugas, pemikiran atau persepsi.

Proses tersebut juga mampu mengintegrasikan maklumat yang lebih cekap dan memudahkan proses kognitif kompleks seperti pembelajaran, ingatan dan pembuatan keputusan.

“Jika anda perlu mengimbangi dua bahasa, anda perlu menekan satu bahasa untuk menggunakan bahasa yang lain.

“Itulah ideanya, bahawa keupayaan untuk menghentikan diri daripada melakukan sesuatu mungkin akan diperkuat dengan mengetahui dua bahasa,” kata pengarang bersama kajian dan pakar psikologi perkembangan, Prof Dr Lucina Uddin dari Universiti California, Los Angeles (UCLA).



Penemuan kajian itu diharapkan dapat meyakinkan ibu bapa kanak-kanak autistik yang ragu-ragu untuk menggalakkan penggunaan dwibahasa kepada anak mereka.

Ia telah terbukti bahawa bertutur dalam beberapa bahasa dapat membantu menangguhkan permulaan penyakit degeneratif seperti Alzheimer, serta mengurangkan kesan selepas strok. — TheStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041958 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list