CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

[Sarawak] Program saringan kesihatan percuma P.212 Sibu dapat sambutan

[Copy link]
Post time 12-4-2025 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2025 03:37 PM



Ling (kiri) bersama orang ramai yang menghadiri program saringan kesihatan di Pusat Komersial Taman Rejang, hari ini.

SIBU: Program saringan kesihatan percuma anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu di Pusat Komersial Taman Rejang, hari ini menerima sambutan yang menggalakkan.

Seramai 170 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, glukosa dan kolesterol.

Program dengan kerjasama Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 April.

Dr Siaw Jia Yng dari Hospital Sibu dijemput untuk berkongsi secara khas tentang pencegahan dan rawatan kanser payudara.

Ling dalam ucapannya berkata kanser payudara masih merupakan salah satu punca utama kematian dalam kalangan wanita di seluruh dunia.

Beliau berkata, pengesanan dan rawatan awal amat penting kerana dapat meningkatkan peluang untuk sembuh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056646 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list