
Ling (kiri) bersama orang ramai yang menghadiri program saringan kesihatan di Pusat Komersial Taman Rejang, hari ini.
SIBU: Program saringan kesihatan percuma anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu di Pusat Komersial Taman Rejang, hari ini menerima sambutan yang menggalakkan. Seramai 170 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, glukosa dan kolesterol. Program dengan kerjasama Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 April. Dr Siaw Jia Yng dari Hospital Sibu dijemput untuk berkongsi secara khas tentang pencegahan dan rawatan kanser payudara. Ling dalam ucapannya berkata kanser payudara masih merupakan salah satu punca utama kematian dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Beliau berkata, pengesanan dan rawatan awal amat penting kerana dapat meningkatkan peluang untuk sembuh.
|