CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 0

Tak perlu lepak bandar, kafe unik 7 beradik ini buktikan kampung pun ada kelas!

[Copy link]
Post time 11-4-2025 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 11-4-2025 11:35 PM



IDEA mentransformasikan rumah pusaka menjadi kafe unik dalam kampung nampaknya sudah menjadi trend bagi kebanyakan anak muda yang mencintai suasana desa.


Barangkali tidak mahu ketinggalan, tujuh beradik kreatif mencipta sensasi tersendiri dengan mempertaruhkan rumah keluarga sebagai sumber rezeki.




Royal Village Cafe yang diusahakan oleh Siti Mahira Salleh, 36, bersama enam lagi adik-beradiknya menjadi antara persinggahan ramai di Kampung Sekendi, Sabak Bernam, Selangor.


Meskipun baru dibuka Februari lalu, sambutan yang diterima cukup luar biasa, khususnya bagi mereka yang tidak mahu bersesak-sesak di tengah bandar untuk mencari pencuci mulut tular.






Paling mencuri tumpuan, seleksi manisan unik yang laku keras ditawarkan seperti wafel aiskrim dan bubble waffle, yang masing-masing mempunyai lima jenis pilihan topping yang menggiurkan.

Secara keseluruhan, lebih 50 menu yang ditawarkan boleh membuatkan pengunjung rambang mata. Itu belum lagi termasuk aneka minuman signatur dengan bahan premium.

“Apa yang membuatkan kami lain daripada yang lain, orang ramai boleh memilih sama ada mahu masakan Melayu, Thailand atau Barat untuk mengisi perut dengan olahan unik,” katanya yang mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mencipta resipi tersendiri.



Cetusan ilham

Variasi minuman siri iceblended, cheesetopping, puding dan boba milktea dengan pelbagai perisa sudah pasti membuatkan pengunjung, khususnya si kecil teruja.

Jika mahu bersantai dan menikmati snek ringan, pengunjung boleh memilih untuk menikmati popia karbonara, popis, loadedfries ayam atau daging, keropok lekor, churros dan banyak lagi.

Tatkala ditanya bagaimana idea kafe dalam taman itu tercetus, usahawan muda itu memberitahu bahawa ia bermula selepas arwah bapanya jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

“Masa itu, adik terpaksa berhenti kerja dan sekolah untuk menjaga ayah dan emak. Jadi, kami berbincang untuk menjana pendapatan sendiri tanpa perlu keluar kampung.


“Maka, Royal Village Cafe antara cetusan ilham untuk rezeki kami adik-beradik. Sekarang ini, sambutan alhamdulillah dan diharapkan terus berjaya. Sambil menjaga emak yang sakit, kafe pun dapat berjalan dengan lancar,” ceritanya.

Jika berkunjung ke kafe berkenaan, bukan sahaja ruang makan yang luas, malah dekorasi taman yang menenangkan membuatkan sesiapa sahaja terpesona dan jatuh cinta.

Siti Mahira dan adik-beradiknya juga merancang untuk menambah senarai menu baharu pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung tempatan mahupun luar negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060355 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list