CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

[Sarawak] Kereta terbakar, tindakan pantas pengguna jalan raya selamatkan guru daripada rentung

[Copy link]
Post time 11-4-2025 08:55 AM | Show all posts |Read mode




Tangkap layar rakaman video yang menunjukkan mangsa diselamatkan orang awam selepas keretanya mula terbakar.

KUCHING: Tindakan pantas pengguna jalan raya yang prihatin berjaya menyelamatkan seorang guru daripada rentung selepas keretanya tiba-tiba terbakar dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Kota Samarahan, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun dan beralamatkan dari Taman Samarindah, Kota Samarahan.

Menurutnya, mangsa semasa kejadian semasa kejadian memandu kereta seorang diri menuju ke arah Kota Samarahan sekitar jam 11.30 malam.

“Semasa mangsa bergerak lurus, dia telah berlanggar dengan sebuah kereta lalu menyebabkan keretanya terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat.

“Kereta mangsa tiba-tiba terbakar dan telah musnah keseluruhannya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua kaki dan tangan.

Manakala pemandu sebuah lagi kereta dilaporkan mengalami kecederaan di mulut.

“Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.


Anggota bomba memadam kebakaran kereta tersebut.

Sementara itu, turut tular satu video di media sosial yang menunjukkan beberapa orang awam bertindak pantas menarik keluar mangsa dari dalam keretanya yang tiba-tiba terbakar.

Difahamkan, selang beberapa minit kemudian, kebakaran semakin marak menyebabkan kereta mangsa musnah sepenuhnya.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.51 malam.

Siasatan lanjut pihak polis berkaitan kemalangan tersebut masih dijalankan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 1.943503 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list