CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 69|Reply: 0

[Sarawak] Mayat lelaki ditemui hanyut di Batang Rajang

[Copy link]
Post time 10-4-2025 08:35 AM | Show all posts |Read mode


Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa berpakaian di Batang Rajang, petang tadi.

SIBU: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa berpakaian di Batang Rajang, petang tadi, sekali gus menarik perhatian orang ramai selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan berkata, video berdurasi enam saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook 'Sarawakian' menunjukkan mayat seorang lelaki hanyut di sungai berkenaan.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota Polis Marin Sibu telah menjalankan operasi pencarian dan berjaya menemui mayat lelaki itu kira-kira jam 1.30 petang,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berkepala botak, dianggarkan berketinggian lima kaki serta memakai rantai leher berwarna merah.

Tambahnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut manakala identiti, umur dan bangsa mangsa masih belum dapat dipastikan.

“Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau tanda-tanda pergelutan pada tubuh mangsa,” katanya.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sibu untuk proses bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis turut meminta kerjasama orang awam yang kehilangan ahli keluarga agar segera menghubungi balai polis terdekat atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Donny di talian 084-211221 bagi membantu siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.079526 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list