CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 62|Reply: 0

[Sarawak] MDL kenal pasti 18 destinasi menarik di Limbang

[Copy link]
Post time 10-4-2025 08:24 AM | Show all posts |Read mode


Sufian (lima kiri) bergambar bersama keluarga besarnya pada Rumah Terbuka Aidilfitri di Limbang.

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) mengenal pasti 18 destinasi menarik di Limbang yang berupaya menarik kemasukan pengunjung luar ke daerah ini.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, MDL melalui Jawatankuasa Pelancongannya mengenal pasti Limbang mempunyai banyak kawasan pelancongan yang boleh diketengahkan untuk menarik pengunjung tempatan dan luar.

“Ketika ini MDL hanya memilih 18 destinasi menarik di mana kita telah melakukan pemantauan mengikut prosedur yang telah ditetapkan di peringkat majlis.

“Pada tahun lepas kita telah mengiktiraf empat kawasan dijadikan pusat pelancongan yang ada di daerah Limbang pada Majlis Hari Bukit Mas yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Katanya, program penilaian tempat pelancongan yang disyorkan di bawah MDL mengenal pasti banyak tempat-tempat pelancongan menarik di Limbang, antaranya Tasik Bukti Mas, Jeti Santaba, Lumpur Bebuak dan Inap Desa Alai Gayo, Ladang Kerbau Bukit Bebuak Kampung Belading, Loagan Kebongor Kampung Tanjong Ungar dan destinasi menarik lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.038754 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list