CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Pembangkang Australia mansuh cadangan larang bekerja dari rumah, kurangkan jawatan perkhidmatan awam

[Copy link]
Post time 9-4-2025 09:16 AM | Show all posts |Read mode


Gambar Facebook PeterDutton

CANBERRAarti pembangkang Australia menggugurkan cadangan untuk menamatkan dasar bekerja dari rumah bagi penjawat awam persekutuan serta membatalkan rancangan pengurangan 41,000 jawatan dalam perkhidmatan awam, menjelang pilihan raya umum negara itu.

Ketua Gabungan pembangkang, Peter Dutton dalam satu kenyataan pada Isnin mengakui bahawa cadangan asal iti merupakan satu kesilapan dan tidak mendapat sambutan positif daripada rakyat.

“Parti kami mengakui melakukan kesilapan dalam perkara ini dan kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Rakyat menyuarakan pandangan mereka, dan kami mendengar,” katanya.

Menurut Dutton, sekiranya Gabungan diberi mandat membentuk kerajaan, dasar kerja fleksibel termasuk bekerja dari rumah bagi penjawat awam akan dikekalkan.

Berhubung isu pemotongan jawatan, beliau menjelaskan bahawa Gabungan tidak akan meneruskan pengurangan mendadak tenaga kerja sektor awam seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Sebaliknya, pengurangan jumlah jawatan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun melalui pembekuan pengambilan baharu serta tidak menggantikan pekerja yang bersara atau meletakkan jawatan.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Parti Buruh yang diterajui Perdana Menteri Anthony Albanese mengkritik keras cadangan itu, menyifatkannya sebagai “langkah gaya Trump” yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam, termasuk proses bayaran kepada penerima kebajikan dan veteran.

Mengulas lanjut, Albanese menegaskan bahawa fleksibiliti bekerja dari rumah memberi manfaat besar kepada keluarga Australia, terutamanya dalam konteks tekanan kos sara hidup masa kini.

“Ramai ibu bapa bekerja sepenuh masa sambil tetap meluangkan masa untuk keluarga. Dengan tekanan ekonomi semasa, ramai tidak mempunyai pilihan lain.
"Cadangan pembangkang untuk menamatkan fleksibiliti ini akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Langkah perubahan dasar oleh pihak pembangkang dibuat susulan tinjauan pendapat Newspoll yang diterbitkan pada malam Ahad oleh akhbar-akhbar terbitan News Corp Australia, menunjukkan Parti Buruh kini mendahului Gabungan dengan kelebihan 52-48 dalam undian dua parti pilihan menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada 3 Mei ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.044655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list