
Mancha (enam kanan) dan Pipit (enam kiri) merakam kenangan bersama pegawai kanan polis Kontinjen Sarawak dan POLDA KALBAR. - Gambar Polis Sarawak
KUCHING: Wujud keperluan untuk kontinjen polis Sarawak dan Polis Daerah Kalimantan Barat (POLDA KALBAR) bekerjasama memastikan keselamatan di sepanjang sempadan Sarawak-Indonesia.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Macha Ata berkata kerjasama itu perlu kerana terdapat tujuh kawasan di Sarawak bersempadan dengan lima daerah di Kalimantan Barat.
“Ini kerana panjang sempadan (antara Sarawak dan Kalimantan Barat) ialah 1,235 kilometer.
“Ini memerlukan kolaboratif dan penglibatan berkesan antara polis kontinjen Sarawak dan POLDA KALBAR bagi memastikan keselamatan nyawa serta harta benda di Sarawak dan Kalimantan Barat,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerjasama itu antara perkara dibincangkan semasa kunjungan haormat Ketua Polis Daerah Kalimantan Ketua Inspektor Jeneral Pipit Rismanto bersama enam pegawai POLDA KALBAR baru-baru ini.
Perbincangan mereka turut menekankan kepentingan landasan rasmi seperti Mesyuarat Koordinasi (RAKOR) antara kedua-dua agensi.
RAKOR berperanan sebagai saluran utama bagi memastikan keselamatn wilayah sempadan antara Sarawak dan Kalimantan Barat.
Menerusi usaha kerajasama itu, Mancha berkata jenayah rentas sempadan boleh dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.
|